web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MN Masih Belum ‘Khatam’ Tetapi…

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 11:35PM

Mohamad melambai kepada para hadirin di Perhimpunan Agung UMNO 2021 di Pusat Dagangan Dunia malam ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan hayat Muafakat Nasional (MN) masih belum berakhir.

Katanya, kerjasama antara parti itu dan PAS masih wujud sehingga ke hari ini.

“Itu (MN) belum ada lagi penutup dia, belum tamat. Kalau mengaji kita tamatkan.

“Walaupun dah sampai akhir, tapi belum khatam, jadi elok sama-sama berfikir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam ini.

Mohamad bagaimanapun menegaskan, UMNO hanya akan bersama dengan mereka yang setia dan tidak bermain ‘banyak kolam’.

“Tetapi kita perlu jelaskan seperti saya katakan tadi, kita cuma akan bersama yang setia dan bukan dengan orang yang main banyak kolam.

“Akhirnya nanti ramai orang akan keliru dan kita sendiri akan keliru,” katanya.

Ditanya mengenai penganjuran Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Mohamad berkata, ia akan tetap diadakan tepat pada masa dan waktu yang strategik.

Jelasnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor memberi beberapa petunjuk penting, termasuk sudah sampai masa untuk PRU-15 diadakan tahun ini, bukan pada 2023.

“Secara umum mengetahui bahawa persefahaman politik pembangkang adalah sangat bercelaru dan ternyata sangat lemah.

“Manfaatkan segala peluang dan ruang atas kelemahan musuh kita ini. Menyerang sewaktu mereka benar-benar lemah. ‘Strike while your enemy is weak, strike while the iron is hot’! Dengan izin,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata ketidaksepaduan pembangkang adalah ‘strategik kepada UMNO’ dan ia adalah masa untuk parti itu pantas memintas saat mereka berpecah dan bertelagah.

Namun, katanya, pembubaran Parlimen bagi PRU-15 harus diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Naib Ketua UMNO Bahagian Seluruh Negara Tuntut 5 Perkara, Tolak Kerjasama PH

2

Politik 3 tahun yang lalu

BN Yakin Tubuhkan Kerajaan Secara Solo

3

Politik 4 tahun yang lalu

Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

4

Politik 4 tahun yang lalu

Ahli Akar Umbi 'No Hal' Jika UMNO, PAS Bercerai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad