web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Yakin Tubuhkan Kerajaan Secara Solo

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2022 2:05PM

Mohammad Hasan bercakap ketika sidang media di Menara Dato' Onn hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) yakin mampu menubuhkan kerajaan Persekutuan secara solo jika dapat membawa keluar pengundi yang dikenal pasti bersama gabungan tersebut menunaikan tanggungjawab mereka 19 November nanti.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, beliau amat yakin jika pengundi yang disifatkannya sebagai ‘putih’ dapat dibawa keluar ketika hari mengundi, gabungan tersebut pasti berjaya memperoleh majoriti mudah iaitu 112 kerusi Parlimen.

Menurutnya, pada PRU-15 ini, beliau menerapkan formula sama dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan BN memperoleh kejayaan besar di kedua negeri tersebut.

“Setakat hari ini saya boleh katakan kedudukan BN adalah lebih baik berbanding PRU-14. Kita merasa amat selesa dengan keadaan (terkini) tetapi kita tak mahu jentera kita selesa.

“Kita telah ada semua datanya. Kita ada head count, kita dah buat dengan tepat maka tugas pada hari pengundian itu nanti adalah tugas mengeluarkan pengundi yang telah dikenal pasti bersama dengan kita.

“Jika kita dapat buat itu, saya rasa dan saya yakin BN ‘we cross the bridge’ (peroleh majoriti mudah 112 Parlimen), Insya Allah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat UMNO, di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun BN diyakini akan memperoleh majoriti mudah berdasarkan situasi semasa, namun mereka tetap terbuka untuk menerima jalinan kerjasama parti lain bagi mengukuhkan kerajaan.

“Selaku Pengarah Pilihan Raya, saya mengikuti dan meneliti setiap inci gerak kerja (di bawah), saya yakin BN can cross the bridge dan menubuhkan kerajaan.

“Tetapi untuk mengukuhkan kerajaan supaya mendapat mandat yang lebih besar, terpulang kepada sesiapa yang hendak bersama kita,” katanya.

Beberapa kali mengulangi keyakinan bahawa BN akan menang dengan majoriti mudah, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, angka dan data diperoleh war room BN menjelaskan ia bukan sekadar angan-angan.

“Sekarang saya adalah Pengarah Pilihan Raya, saya lihat angkanya dan saya juga baru saja melawat war room BN. Saya lihat sendiri, jadi saya yakin kita boleh menubuhkan kerajaan pada sebelah malam (19 November) atau sebelah pagi pada 20 haribulan,” katanya.

Mengulas lanjut, calon BN Parlimen Rembau itu berkata, BN berjaya menangani isu berbangkit dengan baik, walaupun terdapat masalah di beberapa kawasan selepas pengumuman calon yang bertanding baru-baru ini.

“Memang ada ‘gempa bumi’ ketika itu. Kami perlu menguruskannya untuk selesaikannya, memanglah kita tak dapat 100 peratus (sokongan) tapi jika dapat 80 peratus daripada itu cukuplah,” katanya.

Menurut Mohamad, banyak kawasan yang sudah pun melepasi 50 peratus daripada statistik untuk memperoleh kemenangan pada PRU-15.

“Banyak kawasan-kawasan menunjukkan kita sudah melebihi 50 peratus. Untuk memperoleh majoriti mudah penanda aras kami adalah 45 percent kerana ia dibahagi kepada tiga (gabungan).

“Banyak kawasan yang kita sudah melepasi 50 peratus. Itulah bagaimana saya melihat angka yang diperoleh,” katanya. - Getaran, 14 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 19 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran