web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Redah’ Perjalanan Dari Pulau Pinang Ke PAU 2021 Demi Anak Muda

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 9:06PM

(Dari kiri) Siti Nuraisyah, Nurul Huda dan Siti Norliyana

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Demi memperjuangkan masa depan dan suara anak muda, tiga ahli Puteri UMNO sanggup meredah perjalanan dari Pulau Pinang untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang berlangsung selama empat hari di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, bermula hari ini.

Malah, Nurul Huda Mohd Saufi, 37, bersama dua rakannya yang juga pasangan adik-beradik, Siti Norliyana Ismail, 27 dan Siti Nuraisyah Ismail, 23 melahirkan keterujaan kerana ia adalah kehadiran kali pertama mereka ke acara berkenaan.

“Kami bertolak dari Pulau Pinang ke ibu negara hari ini. Saya sendiri bertolak pada jam 10 pagi dari Bukit Bendera dan tiba kira-kira jam 4 petang tadi.

“Kami ke sini sebagai perwakilan untuk memberi sokongan dan mendengar ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita, selain berada di acara ini sepanjang empat hari,” katanya yang juga Setiausaha Puteri UMNO Cawangan Bukit Bendera ketika ditemui Getaran.

Ditanya harapan sempena PAU 2021, Nuraisyah berkata, secara peribadi mereka bertiga mengharapkan sebuah kepimpinan yang terus berpegang kepada prinsip lebih tegas, amanah dan bertanggungjawab dalam memandu masa depan parti.

“Kami mahukan pemimpin tegas dalam mencorak dan membawa haluan parti UMNO serta sayapnya dengan lebih baik,” katanya.

Bagi Siti Norliyana, dia berharap sayap bongsu UMNO itu sentiasa lebih aktif dalam membantu anak muda ke arah kemajuan.

“Saya berharap pemimpin Puteri sentiasa mengadakan usaha berterusan untuk menggalakkan kehidupan dan pencapaian anak muda,” katanya. - Getaran, 16 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 4 tahun yang lalu

Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

2

Politik 4 tahun yang lalu

Ahli Akar Umbi 'No Hal' Jika UMNO, PAS Bercerai

3

Politik 4 tahun yang lalu

UMNO Teliti Semua Aspek Sebelum Umum Tarikh PRU-15

4

Politik 4 tahun yang lalu

Dakwaan Menteri UMNO ‘Tak Kuat Kerja’ Ibarat Pandangan Orang Luar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 13 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish