web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Menteri UMNO ‘Tak Kuat Kerja’ Ibarat Pandangan Orang Luar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 7:50PM

Datuk Seri Mahdzir Khalid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyangkal dakwaan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menegaskan prestasi parti itu dalam kerajaan tidak mempamerkan keyakinan seperti diharapkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar itu menegaskan, kenyataan tersebut tidak tepat dan berpendapat perkara terbabit sebagai ‘pandangan orang luar’ yang tidak menggambarkan perkara sebenar.

Beliau berkata, setiap menteri sememangnya mengetahui peranan dan tugasan masing-masing, justeru Mohamad tidak boleh melihat perkara itu dari sudut orang luar.

“Tak wajarlah untuk beliau kata begitu kepada menteri. Sebenarnya semua menteri UMNO sudah cuba yang terbaik untuk memberi apa jua perkhidmatan. Saya fikir kenyataan Tok Mat itu sendiri tidak tepatlah. Beliau tidak boleh ambil dari sudut sebagai orang yang berada di luar kerana kita tahu apa kita buat, kita usaha sebab penting adalah rakyat.

“Pada masa sama, kita masih dalam pandemik COVID-19, kita tahu bahawa rakyat mahu lihat macam mana menteri nak tolong mereka berkaitan pemulihan ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Pameran Korporat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Jelas Mahdzir, setiap menteri yang memegang portfolio mereka juga lebih arif mengenai tanggungjawab masing-masing di kementerian.

“Saya sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, kita tahu apa kita punya naratif yang penting, tiap-tiap daripada menteri itu (juga) tahu tanggungjawab dan tugasan mereka untuk bawa perkara berkaitan dengan kementerian,” ujarnya.

Terdahulu, Mohamad menegaskan prestasi parti itu dalam kerajaan ketika ini tidak meyakinkan, walaupun parti itu kembali menjadi dominan dengan pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, ada wakil UMNO dalam kerajaan yang mencuba dan melakukan sehabis baik, namun hasilnya tidak menyerlah.

“Pemulihan negara masih belum ada lonjakan konkrit. Pembukaan sempadan negara pula baharu sahaja akan dibuka. Prestasi ekonomi terus suram. Kesempitan masyarakat tidak berkurangan. Sistem pendidikan masih belum mencapai tahap sepatutnya. Malah, keterlihatan negara di pentas global seperti lenyap sama sekali.

“Itulah dia, kedudukan sebenar UMNO dan prestasi kerajaan waktu ini. Bagaimanalah UMNO dapat menjadi wakil yang berkesan kepada orang Melayu jika sebeginilah kedudukan dan prestasi UMNO dalam kerajaan,” kata Mohamad.

Sementara itu, Mahdzir turut mengingatkan agar isu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak dipolemikkan kerana hak membubarkan Parlimen adalah di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat daripada Perdana Menteri.

“PRU15 ini adalah perkara besar, rakyat mesti hormati sistem beraja kerana hak pembubaran ini adalah hak Tuanku, hak Yang di-Pertuan Agong setelah Tuanku perkenan apa yang dibawa Perdana Menteri.

“Jadi untuk sampai kepada baginda, Perdana Menteri sekarang ini adalah naib presiden, beliau boleh berbincang dengan Presiden dan kepimpinan UMNO.

“Kita bincanglah secara musyawarah, bila sesuai nak buat PRU15, kalau kita dah bersetuju, barulah Perdana Menteri mempersembahkannya kepada Agong, kita tak payah menimbulkan polemik pasal bila nak buat pilihan raya umum ini,” katanya.

Tambahnya, solusi paling utama adalah membincangkan mengenai PRU-15 terlebih dahulu dalam kalangan parti selain menghormati hak Yang Dipertuan Agong.

“Kita bincang terlebih dahulu, tak payah nak wujudkan polemik. Tak payah bising-bising kerana riuh-rendah ini tiada gunanya,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Berjaya Tembus Kawasan Hitam, ‘Macam Ada Aura Orang Nak Kembali Pada BN’ - Mahdzir 

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dijangkiti Influenza, Tok Mat Cuti Kempen 3 Hari

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mahdzir Anggap Pulang Ke Gagang, Enggan Dibuai Kejayaan Silam

4

Politik 2 tahun yang lalu

Istilah ‘Orang Thai, Orang Siam’ Jadi Agenda, BN Janji Hapus Kekeliruan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 18 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran