web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Onn Hafiz Beri Petanda Tidak Baik Kepada Johor?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 8:26PM

Sheikh Umar Bagharib Ali.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP menyifatkan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar (MB) Johor sebagai kegagalan pertama Barisan Nasional (BN) sejurus selepas memegang kuasa di negeri itu.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, tindakan tersebut jelas membuktikan BN gagal mengotakan janji kepada rakyat.

Malah katanya, permulaan kuasa dengan ‘mungkir janji’ bakal menyaksikan lebih banyak lagi episod seumpamanya pada masa depan yang tidak mustahil akan berlaku.

“Semasa berkempen, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan kepada rakyat bahawa Datuk Seri Ir Hasni Mohammad bakal dinobatkan sebagai MB Johor sekiranya mereka berjaya. 

“Namun, ia tidak berlaku. Onn Hafiz menjadi Menteri Besar Johor,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai MB Johor ke-19 semalam selepas mendapat perkenan, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu, Onn Hafiz, 44, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 6,543 undi.

Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor itu juga merupakan cicit kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar.

Sementara itu, Sheikh Umar berkata, Onn Hafiz juga merupakan saksi pendakwaan ke-16 dalam kes perbicaraan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berhadapan pertuduhan jenayah pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International.

“Dalam keterangan, Onn Hafiz mengakui Najib memberikan RM240,000 kepada syarikat beliau iaitu Vital Spire Sdn Bhd untuk menguruskan portal Malaysian Digest, sebuah portal yang memiliki unsur politik.

“Semalam di DUN Mahkota, saya terlihat satu kain pemidang warna biru BN yang masih belum diturunkan tertulis ‘The legend legacy is back’,” katanya.

Susulan itu, beliau mendakwa perkara tersebut memberi petanda tidak baik kepada Johor.

“Nampaknya semakin jelas. Selepas menang Melaka dan Johor, legasi itu semakin menghampiri kita semula.

“Selepas naik Onn Hafiz, legasi Najib, rasuah dan salah guna kuasa bakal kembali?,” soalnya. - Getaran, 16 Mac 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai