web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Ajak Politik Matang, Tolak Kempen Negatif

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2022 8:02PM

Syed Saddiq (dua dari kiri) dan Amira Aisya (kanan) menziarahi warga FELDA ketika berkempen.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Dalam kempen yang masih berbaki lima hari, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengajak semua parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor untuk berpolitik secara matang.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, semua parti bertanding khususnya calon, perlu menumpukan kepada usaha mencari cara terbaik dalam memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi.

Mengulas mengenai layanan dua darjat yang dikatakan sering berlaku ke atas calon MUDA, Syed Saddiq berkata, beliau sering mengingatkan calon parti itu agar tidak berkempen secara negatif.

Syed Saddiq (kiri) dan Amira Aisya (tiga dari kiri) menziarahi warga FELDA ketika berkempen.
Syed Saddiq (kiri) dan Amira Aisya (tiga dari kiri) menziarahi warga FELDA ketika berkempen.

“Saya rasa dalam bab ini saya berharap, kita dapat berpolitik secara matang, fokus kepada jalan penyelesaian, sama-sama kita cuba sebaik mungkin untuk memastikan peratusan keluar mengundi tinggi, kita ingin meraikan demokrasi.

“Saya selalu tekankan kepada sahabat-sahabat MUDA, jangan sesekali berkempen secara negatif, sebaliknya lebih baik turun dengar masalah masyarakat, lihat dan tentukan jalan penyelesaian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Santai Warga FELDA Bersama Calon MUDA Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz di FELDA Ulu Tebrau di sini, hari ini.

Syed Saddiq memberi reaksi itu ketika diminta mengulas cabaran diterima calon MUDA, termasuk dikompaun, diberhentikan ceramah dan didakwa menggunakan aset kerajaan untuk berpolitik, sepanjang tempoh berkempen sejak 26 Februari lalu.\

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Muar itu mengakui berpuas hati melihat kempen digerakkan semua parti berkenaan dan menyifatkan mereka sebagai ‘kuat bekerja’.

Syed Saddiq (kanan) dan Amira Aisya (dua dari kanan) bersantai bersama warga FELDA ketika berkempen.
Syed Saddiq (kanan) dan Amira Aisya (dua dari kanan) bersantai bersama warga FELDA ketika berkempen.

Pada masa sama, Syed Saddiq turut merayu rakyat Johor yang berada di luar negeri ini supaya pulang mengundi pada 12 Mac nanti.

“Rayuan saya pada anak Johor di perantauan, tolonglah balik kerana undi kamu akan menentukan masa depan negeri kita bersama bagi lima tahun yang akan datang.

“Ini bukan sekadar setahun dua tahun sampai PRU. tetapi, ia lima tahun yang akan datang termasuk isu pekerjaan, pengangkutan awam, alam sekitar, kualiti pendidikan, jurang pendapatan ekonomi dan isu pembelaan anak-anak yang mana semua perkara ini akan ditentukan melalui kerajaan yang akan terbentuk selepas pilihan raya ini,” rayunya. - Getaran, 6 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

4

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad