web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amira Aisya Sukar Tawan DUN Puteri Wangsa, Pengundi ‘Tukar Angin’

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:00AM

Amira Aisya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peluang calon MUDA, Amira Aisya Abd Aziz untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat amat tipis.

Pensyarah Kanan Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, meskipun Amira Aisya mempunyai ‘track record’ yang baik pada pendapat MUDA, ia bukan satu jaminan untuk dirinya mencipta kemenangan di DUN tersebut.

Menurut beliau, pengundi hari ini lebih berminat memilih parti yang boleh menjamin kestabilan ekonomi, kesihatan dan kesejahteraan sosial.

“Berkenaan isu semasa sekarang, orang melihat kerajaan yang boleh memerintah untuk jangka masa panjang. Jadi sekarang fokus utama adalah isu kestabilan.

“Pengundi sudah tentu mahukan kerajaan yang stabil agar tidak lagi berlaku majoriti tipis di DUN yang menyebabkan kerajaan negeri terumbang ambing,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Berikutan itu, Jamaie meramalkan calon Barisan Nasional (BN), Ng Yew Aik berpeluang besar untuk memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa.

Katanya, ramalan itu berdasarkan prestasi cemerlang dilakar BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung November lalu.

“Jadi kestabilan itu penting. Berdasarkan ‘track record’, saya nampak lebih memihak kepada BN seperti yang berlaku di PRN Melaka.

“Sebuah parti yang dilihat lebih meyakinkan dan menjanjikan kestabilan itulah yang akan dipilih pengundi,” katanya.

Malah Jamaie berkata, tindakan Mazlan Buang dari BERSATU yang memenangi kerusi DUN Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berundur dari parti itu, dilihat memberi kelebihan kepada BN.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

“Kali ini walaupun BERSATU masih meletakkan calon di situ, saya tidak fikir mereka boleh mengulangi kemenangan besar pada PRU-14 kerana pemenang asal sudah keluar parti.

“Jadi saya meletakkan satu andaian bahawa BN boleh menang di situ kerana penyokong Mazlan mungkin bersama beliau menyokong BN,” katanya.

Beliau berkata, BN juga merangka strategi yang bijak apabila menurunkan Yew Aik di DUN Puteri Wangsa yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

“Harus diingat DUN Puteri Wangsa mempunyai majoriti pengundi Cina iaitu lebih kurang 50 peratus manakala Melayu 39 peratus.

“Jadi kelebihan kepada calon berbangsa Cina itu merupakan satu bonus kepada pengundi di DUN tersebut,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memuji keputusan MUDA mencalonkan Amira Aisya untuk bertanding di kerusi tersebut.

“Mempertaruhkan calon Melayu di situ saya anggap sebagai satu tindakan berani dilakukan MUDA.

“Namun saya melihat berdasarkan komposisi kaum itu, kelebihan memihak kepada calon berbangsa Cina dari BN,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai peluang PEJUANG, Jamaie berkata, berdasarkan sejarah politik Malaysia, parti baru dibentuk sukar mencipta kejutan dan kemenangan pada mana-mana PRN, apatah lagi jika bergerak bersendirian.

Katanya, situasi kali ini berbeza dengan PRU-14, yang menyaksikan gabungan antara PKR, AMANAH, DAP dan BERSATU dalam Pakatan Harapan menentang BN.

“Maksudnya satu lawan satu. Sekarang BN dianggap satu gabungan kuat selepas mereka memenangi PRN Melaka dengan begitu bergaya.

“Faktor bertanding sendiri-sendiri seperti di PRN Johor, menguatkan andaian saya BN ada peluang lebih besar di sana,” katanya.

Tambahnya lagi, jentera kempen PEJUANG dan MUDA juga tidak bergerak sistematik dan kuat berbanding BN yang sudah digerakkan sekian lama menerusi gabungan parti utama UMNO, MIC dan MCA.

“Saya fikir jentera pilihan raya juga satu faktor yang boleh menentu kemenangan calon.

“Sejarah politik di Malaysia membuktikan bahawa kalau parti itu bertanding secara sendirian, kemenangan itu sukar direalisasikan sama sekali,” katanya.

Selain Amira Aisya dan Yew Aik, kerusi DUN Putra Wangsa turut ditandingi Loh Kah Yang dari Perikatan Nasional (PN) yang mewakili BERSATU, calon PEJUANG, Dr Khairil Anwar Razali, Steven Choong Shiau Yoon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Adzrin Adam sebagai calon Bebas. - Getaran, 2 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

4

Politik 2 tahun yang lalu

MUDA Tak Pernah Mohon Sertai PN – Amir Hadi 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran