web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tanpa Berlengah, Calon PKR Mula Kempen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Feb 2022 6:22PM

Fakharuddin memulakan kempen dengan mendekati penjaja di kawasan DUN Pasir Raja, Johor.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebaik selesai proses penamaan, calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja, Fakharuddin Moslim tidak menunggu lama untuk memulakan gerak kerja kempen demi mendekati pengundi di kawasan itu.

Mengenengahkan slogan Maju Bermaruah, beliau dilihat singgah di sebuah restoran di Taman Sri Saujana untuk bertemu penduduk setempat sebelum meluangkan masa menjamu selera.

“Saya sempat bertanya khabar setiap pelanggan yang berada di restoran dan memperkenalkan diri sendiri, sebelum menjamu selera bersama beberapa rakan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fakharuddin kemudian tiba di Masjid Tan Sri Saujana untuk menunaikan solat Zuhur secara berjemaah bersama penduduk di situ.

Usai beribadah, beliau meneruskan aktiviti ke Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN Pasir Raja di Jalan Kota Besar bagi memenuhi beberapa program yang sudah dirancang.

“Mohon saudara-saudari ikuti perkembangan perjalanan saya, calon N35 (DUN Pasir Raja) di Facebook rasmi Fakharuddin Moslim,” katanya.

Fakharuddin, 34, yang juga Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor adalah antara muka baharu dipertaruhkan PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pada hari pengundian 12 Mac, beliau bakal bersaing dengan calon dari tiga parti lain, iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG). – Getaran, 26 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 9 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai