web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Larang Guna Masjid, Surau Untuk Aktiviti Politik

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 1:17PM

Tosrin memaklumkan bahawa kerajaan Johor melarang aktiviti politik di di masjid dan surau negeri itu berkuat kuasa serta merta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Kerajaan Johor tidak membenarkan masjid dan surau di negeri itu digunakan sebagai lokasi penganjuran aktiviti berunsur politik, berkuat kuasa serta merta.

Larangan itu juga membabitkan kempen atau program yang diadakan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun berbentuk keagamaan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, larangan itu termasuk kawasan perkarangan institusi agama berkenaan.

“Ketetapan ini dikeluarkan Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau (JAINJ) berkuat kuasa serta merta.

“Kita sudah mengambil satu ketetapan bahawa mana-mana pemimpin politik walau dari parti kerajaan yang memerintah adalah dilarang menggunakan masjid dan surau, sama ada di bahagian dalam atau mana-mana kawasannya sebagai lokasi penganjuran majlis, termasuk berunsur agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan masjid dan surau di negeri itu dijadikan pentas berkempen parti politik untuk menarik pengundi menjelang PRN Johor bulan depan.

Namun, Tosrin berkata, tokoh, parti atau calon politik yang bertanding masih boleh ke masjid dan surau untuk bersolat atau menyertai aktiviti bacaan Yaasin, tanpa sebarang ceramah atau ucapan dibenarkan.

“Kita ada garis panduan, ketika solat Jumaat dan selepas Maghrib memang ada bacaan Yaasin. Jika mereka (parti politik) mahu turut serta bersolat dan baca Yaasin, ini dibolehkan tetapi tiada ceramah atau sebarang ucapan, sekadar penyertaan sahaja,” jelasnya.

“Sekiranya perkara itu berlaku, pihaknya akan menyerahkan kepada Kadi daerah berkenaan untuk tindakan lanjut dan merujuk kepada Bahagian Fatwa yang turut menetapkan larangan sama.” - Getaran, 18 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 12 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

4

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad