web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Johor, Doktor Antara Calon PKR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 2:22PM

Anwar (empat dari kiri) bersama calon PKR yang akan bertanding pada PRN Johor ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang doktor antara lima calon pertama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bulan depan.

Dr Zamil Najwah Arbain, 48, yang bakal mewakili PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin sebelum ini pernah bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 namun tewas di tangan Barisan Nasional (BN).

Beliau merupakan Bendahari PKR Cabang Pasir Gudang.

Dr Zamil Najwah Arbain
Dr Zamil Najwah Arbain

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan lima calon pertama PKR pada Majlis Pengumuman Calon Zon Selatan PRN Johor di sini, hari ini.

Empat lagi calon yang diumumkan adalah Mohd Fakharuddin Moslim (DUN Pasir Raja), Chiong Sen Sern (DUN Bukit Batu), Napsiah Khamis Maharan (DUN Kempas) dan S Gopalakrishnan (DUN Tiram).

Mohd Fakharuddin Moslim
Mohd Fakharuddin Moslim
Chiong Sen Sern
Chiong Sen Sern
S Gopalakrishnan
S Gopalakrishnan

Gopalakrishnan yang juga Naib Presiden PKR Johor adalah penyandang kerusi DUN Tiram, manakala Mohd Fakharuddin, Chiong dan Napsiah adalah muka baharu yang ditampilkan PKR kali ini.

Napsiah Khamis Maharan
Napsiah Khamis Maharan

Napsiah, 42, merupakan Ketua Wanita PKR Johor; Chiong, 32, adalah Setiausaha PKR Cabang Tebrau dan Mohd Fakharuddin, 34, pula ialah Bendahari Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Johor.

Sebanyak 20 kerusi DUN bakal diwakili PKR pada PRN Johor.

Getaran diberitahu, Anwar akan bergerak ke dua lagi lokasi bagi mengumumkan baki calon PKR yang akan bertanding bagi Zon Tengah dan Zon Utara.

DUN lain yang dijangka menyaksikan penampilan calon PKR adalah Layang-layang, Tanjong Surat, Johor Lama, Rengit, Tenggaroh, Benut, Kukup, Semarang, Semerah, Bukit Naning, Gambir, Sungai Balang, Buloh Kasap, Sri Medan dan Pemanis.

Anwar dalam ucapannya melahirkan harapan untuk melihat semua calon yang diberi kepercayaan bertanding itu dapat memberi fokus kepada isu rakyat.

"Kita melihat tak semua parti, dalam manifestonya benar-benar meluahkan hati nurani rakyat.

"Dalam kebanyakan sistem di negara kita ini, bila sudah berkuasa, kita hanya akan mewakili kelompok orang kaya, orang bawah atau orang miskin, tidak akan dapat layanan yang sama," katanya. - Getaran, 14 Februari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 4 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai