web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UMNO Cabar PN Kekalkan Muhyiddin 'Poster Boy' PRN Johor

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 2:51PM

Poster yang memaparkan gambar Muhyiddin yang digunakan PN pada PRN Melaka lalu. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mencabar Perikatan Nasional (PN) supaya mengekalkan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'poster boy' pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, nyawa BERSATU terletak pada bekas Perdana Menteri Ke-8 itu yang akan menentukan hidup mati parti tersebut.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi 'poster'‘ PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka 'Abah sayang Johor'. 

“Masa 6 bulan pertama jadi PM ke 8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah PM paling popular. Rupanya selepas 17 bulan, Abahku hilang jawatan PM. Dia 'PMGagal',” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelasnya, PRN Johor merupakan pentas penting yang akan menentukan hala tuju parti itu selepas ini.

“Ada Abahku, ada lah BERSATU. PRN Johor adalah medan hidup mati BERSATU. Ia beban berat kepada Abahku. 

“Semoga Abahku tidak menyesal kerana tubuh BERSATU dan cuba bunuh UMNO. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi UMNO yang kental setia dengan parti,” katanya.

Pada PRN Melaka yang lalu, PN menggunakan poster yang tertera gambar Muhyiddin untuk meyakinkan pengundi, khususnya golongan muda.

Pengarah PRN Melaka, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu dilakukan kerana Muhyiddin mempunyai dukungan yang boleh diwarisi oleh anak muda untuk menerajui kepimpinan negara pada masa depan.

Begitupun, Ketua Penerangan BERSATU Johor, Mohd Solihan Badri memberi bayangan bahawa PN tidak akan menggunakan strategi sama seperti di Melaka.

“Lain padang lain belalang, lain keadaan. Kita belajarlah daripada itu (PRN Melaka).

“Kita akan lakukan (strategi), memang berbeza. Tahulah apa kita nak buat (nanti),” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin berkata, keputusan mengenai siapa ‘poster boy’gabungan itu belum dimuktamadkan setakat ini.

“Dah bincang tapi kita belum buat keputusan sebab kita terikat dengan pihak pusat.

“Sebab apa-apa arahan kita ikut PAS Pusat,” katanya.

Pada PRN Melaka yang berlangsung 20 November lalu, BERSATU hanya memenangi dua kerusi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban, manakala PAS yang bertanding di lapan DUN gagal memenangi mana-mana kerusi. - Getaran, 31 Januari 2022

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 12 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan