web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undi 18, Johor PRN Pertama, Susun Strategi Tarik Sokongan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 7:36PM

Hasni (tengah) pada Majlis Penutup Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pengundi muda berusia antara 18 hingga 21 tahun buat pertama kalinya akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Sebagai pilihan raya pertama melibatkan golongan itu, kewujudan mereka tidak boleh dipandang ringan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, strategi dan langkah tertentu perlu disusun untuk mendapatkan sokongan kumpulan pengundi terbabit.

Menurut beliau, semua parti bertanding sudah pasti perlu menyusun gerak kerja yang baik untuk menarik sokongan pengundi muda itu.

“Saya percaya seperti parti lain, kita perlulah menyusun gerak kerja untuk mendapatkan sokongan dalam kalangan pengundi muda.

“Kita tidak boleh memandang ringan tentang kewujudan pengundi muda pada PRN di Johor kali ini, justeru strategi dan langkah tertentu perlu diatur gerak sebaik mungkin,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penutup Taklimat Pilihan Raya MIC Negeri Johor di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, R Vidyananthan merangkap Pengerusi MIC Negeri.

Hasni yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor berkata, parti itu sendiri sudah menggerakkan semua jentera yang diketuai generasi muda.

Bukan itu sahaja katanya, banyak pihak khususnya badan bukan kerajaan (NGO) mula bekerjasama dengan BN untuk mendekati golongan muda.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan pertambahan kira-kira 28 peratus iaitu seramai 749,731 pengundi berusia antara 18 hingga 21 tahun susulan pendaftaran automatik Undi 18.

Peningkatan jumlah itu menjadikan pengundi untuk PRN Johor akan datang meningkat kira-kira 2.5 juta pengundi berbanding 1.8 juta pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 (PRU14).

Dengan peningkatan itu, berlaku pertambahan antara 20 hingga 30 peratus di semua 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

Pemimpin UMNO Digugurkan Perlu Sokong Muka Baharu, Bantu Menangkan Kerusi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Undi 18; Platform Anak Muda Tawarkan Politik Segar - Tengku Zafrul

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Exco Johor Bakal Dilantik Perlu Isytihar Harta, Lalui Semakan Latar Belakang

4

Politik 4 tahun yang lalu

Tiada Krisis Dalaman UMNO, Pelantikan Onn Hafiz Selaras Undang-Undang Tubuh Johor

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad