web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemimpin UMNO Digugurkan Perlu Sokong Muka Baharu, Bantu Menangkan Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 5:30PM

Ahmad Maslan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemimpin UMNO yang digugurkan daripada menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) seharusnya memberikan sokongan dan menggerakkan jentera membantu muka baharu memenangkan kerusi.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sudah tiba masanya anggota parti yang tidak tercalon memberi ruang kepada muka baharu untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Pesanan saya selaku setiausaha, dulu kita bertanding dan dulu jentera parti beri sokongan, maka sekarang giliran kita pula untuk beri sokongan kepada calon baharu.

“Sebagaimana saya sebut, yang digugurkan itu mungkin kerana ada pelbagai sebab antaranya kita ingin beri peluang kepada muka baharu di bahagian setelah sekian lama mereka berkhidmat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengenalan dan Penyerahan Watikah Calon BN di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ahmad, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pontian kali keempat, turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang tidak terpilih kerana telah memberikan khidmat bakti selama ini di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Hasni yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Johor berkata orang lama perlu memberikan kerjasama dalam membantu memenangkan calon muka baharu.

“Saya telah nyatakan bahawa (perlu dibantu) calon muka baharu supaya orang lama dapat beri kerjasama, sokongan dan pastikan bahawa jentera pilihan raya berjalan lancar.

“Setakat ini, saya menerima hakikat masih ada lagi bekas calon yang mungkin sedikit kecewa atau rasa tidak setuju atas pencalonan dibuat pucuk pimpinan ... tetapi saya yakin mereka akan kembali bertugas seperti biasa,” kata calon Simpang Renggam itu.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu berkata bagaimanapun, penyandang Parlimen Tenggara Datuk Seri Dr Adham Baba dan Parlimen Kota Tinggi Datuk Halimah Mohamed Sadique telah memberi jaminan bahawa perjalanan jentera masing-masing akan berjalan lancar.

Pada 1 November lepas, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menamakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tenggara Manndzri Nasib sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tenggara, manakala Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Tinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

3

Politik 2 tahun yang lalu

PDRM, SPRM Sedia Siasat Laporan Wujud Unsur Habuan, Ugutan Sokongan Kepada PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

UMNO Tidak Perlu Pujuk Ahli Parlimen Pembangkang Sokong PM - Ahmad Maslan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad