web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Keperluan Adakan PRN, Sekarang Bukan Waktu Sesuai

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2022 3:00PM

Dewan Undangan Negeri Johor - Gambar ihsan Pejabat Menteri Besar Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang diputuskan kerajaan negeri semalam untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dianggap sebagai bukan satu keperluan.

Sejumlah besar rakyat menganggap, ini bukan waktu yang tepat untuk keputusan seumpama itu diambil, apatah lagi dalam keadaan negara yang dilatari penularan varian Omicron.

Rata-rata rakyat merasakan seperti tiada keperluan untuk mengadakan PRN, ditambah dengan kebimbangan penularan virus COVID-19.

Keadaan negeri itu yang masih berdepan ancaman banjir juga mencetuskan keresahan terhadap masalah yang mungkin timbul, apabila kempen dan proses pengundian dijalankan.

Pekerja swasta, Noradzlan Syah Larahim, 36, berkata, proses mengundi ketika PRN nanti dibimbangi akan mewujudkan kluster baharu, apabila orang ramai tertumpu di satu-satu tempat.

Noradzlan Syah Larahim
Noradzlan Syah Larahim

Beliau beranggapan, Pilihan Raya Umum (PRU) juga akan diadakan tidak lama lagi, menyebabkan pelaksanaan PRN dianggap sebagai bukan tindakan rasional.

“Saya rasa dalam masa terdekat ini, macam tidak sesuai untuk adakah PRN kerana dengan keadaan COVID-19 yang masih ada, bimbang muncul kluster undi pula.

“Tambahan pula, PRU juga tidak lama lagi, kenapa perlu buat benda yang sama dua kali? Bukankah akan membabitkan aliran keluar wang, masa, malah risiko juga boleh meningkat, kenapa tak sekali jalan sahaja nanti,” soalnya.

Pemuda berasal dari Kulai itu berkata, terdapat banyak isu berbangkit yang masih perlu diketengahkan dan diselesaikan berbanding pilihan raya, contohnya pendidikan.

“Bukankah lebih elok jika semua isu berbangkit ini diselesaikan terlebih dahulu, berbanding menumpukan soal kuasa,” keluhnya.

Sementara itu pengusaha kuih tradisional, Hasyimah Abdul Wahid, 34 pula berkata, keadaan politik semasa di negeri ini masih terkawal dan tidak dilihat terdesak untuk PRN diadakan.

Hasyimah Abdul Wahid
Hasyimah Abdul Wahid

“Kalau ikutkan bukan masa yang sesuai, perlu belajar dari PRN Sabah dahulu kerana bimbang kes COVID-19 meningkat. Kalau tiada isu kritikal dalam kerajaan dan pembangkang, pada saya tidak perlu PRN ini,” katanya.

Hasyimah berkata, pertukaran demi pertukaran pemimpin dalam masa singkat hanya membuatkan rakyat keliru.

“Sekejap sangat mentadbir, rakyat pun bingung dan tidak berkesempatan mengenali pemimpin,” katanya.

Pembubaran DUN Johor mendapat perkenan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam, selepas menerima menghadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene di sini.

Menurut Hasni, kerajaan sedia ada tetap akan menjalankan semua agenda negeri yang telah dipersetujui, selaras dengan peranan sebagai ‘caretaker’, sehingga PRN diadakan. - Getaran, 23 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID -19: Kes Aktif Varian Omicron Bergejala Ringan - Pakar Perubatan

3

Politik 2 tahun yang lalu

ADUN Jepak Ditentukan Hari Ini, Proses Bermula 7.30 Pagi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Pusat Pengundian Ditutup, Proses Kira Undi Bermula

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad