web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pemimpin PAS Jangan ‘Pandai-Pandai’ Cerita Kisah Parti Secara Terbuka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2022 7:04PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegur sikap segelintir pemimpin PAS yang gemar ‘bercerita’ mengenai kemelut dalaman parti itu di media sosial.

Katanya, tindakan itu tidak selari dengan konsep patuh syariah diamalkan PAS yang sentiasa merujuk kepada Majlis Syura Ulama dalam menentukan sama ada strategi politik diambil bertepatan syarak dan syariah.

“Sebelum ini, saya ada cakap mengenai satu frasa, iaitu pandai adalah dialu-alukan, manakala sikap ‘pandai-pandai’ tak dialu-alukan.

“Perbuatan menulis di Facebook ini adalah ‘pandai-pandai’ dan tidak dialu-alukan.

“Orang lama dalam PAS tak menggunakan media sosial untuk meluahkan perasaan. Ini pun isu disiplin,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Kenyataan Muhammad Sanusi itu dipercayai merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang menulis di laman Facebooknya, semalam mengenai isu pemecatan mantan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, baru-baru ini.

Menerusi medium komunikasi itu, Nik Mohamad Abduh yang juga AJK PAS Pusat mengatakan penjelasan berhubung isu pengguguran Mohd Khairuddin perlu dimaklumkan kepada masyarakat, bukan hanya membabitkan ahli parti.

Ujarnya, penjelasan itu boleh memberi persepsi baik kepada PAS bagi memastikan pentadbirannya berjalan secara telus.

Mengulas lanjut Muhammad Sanusi berkata, alasan di sebalik pengguguran Mohd Khairuddin daripada jawatan tersebut tidak seharusnya diceritakan secara terperinci kepada umum kerana akan menimbulkan masalah lain.

“Pengguguran itu proses biasa dengan Presiden pun sudah nyatakan bahawa ia berkaitan disiplin. Tak perlulah ceritakan perinciannya kerana itu akan timbulkan masalah lain pula.

“Saya rasa tuan tubuh (Mohd Khairuddin) tahu sebab-musababnya dan rakan yang menulis di Facebook itu pun tahu,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi, pengguguran Mohd Khairuddin daripada jawatan berkenaan dibuat dalam dua mesyuarat, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Harian dan Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung selama beberapa jam.

“Saya ada dalam kedua-dua mesyuarat itu. Keputusan dibuat secara konsensus, sebulat suara dan semuanya setuju secara kolektif,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 5 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai