web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Harap Panel Rayuan UMNO Semak Semula Penggantungan Keahlian Saya - Tun Faisal

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jan 2022 10:20PM

Tun Faisal Ismail Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berharap Panel Rayuan UMNO menyemak semula penggantungannya sebagai ahli parti itu selama enam tahun.

Tun Faisal berkata, selepas dikenakan hukuman itu sejak tahun lalu, beliau perlu melalui proses pengesahan keputusan, termasuk bersama panel berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan prosedur ketika bertemu Panel Rayuan UMNO pada 12 Januari lalu berhubung penggantungan keahlian, malah keterbukaan pihak terbabit yang sudi mendengar hujah saya.

“Cuma persoalan saya besar mana kesalahan saya sehingga digantung selama enam tahun,” katanya kepada Getaran.

Menurut Tun Faisal, tempoh penggantungan itu seolah-olah mahu mematikan karier politik beliau menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau turut menganggap hukuman berat diterima itu sebagai tidak wajar dan tidak adil.

Malah, beliau mempersoalkan asas dan justifikasi di sebalik hukuman dikenakan Tribunal Lembaga Disiplin parti itu.

“Saya didakwa atas tiga kesalahan, iaitu pertama memfitnah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

“Kedua, saya dituduh mengkritik Ahmad Zahid secara terbuka dan ketiga, dikatakan menghasut dengan cara memuat naik laporan media mengenai saya di laman Facebook peribadi,” katanya.

Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata beliau tidak pernah memaki hamun Presiden UMNO, apatah menggunakan kata kesat dan menuduh pemimpin itu serta Timbalan Presiden merompak wang.

Beliau juga menegaskan tidak pernah menyerang ahli keluarga Ahmad Zahid, membocorkan rakaman perbincangan mesyuarat sulit UMNO atau disabitkan dengan kesalahan rasuah dan politik wang.

Justeru, Tun Faisal berkata, sekiranya ketiga-tiga dakwaan dikenakan ke atasnya itu tidak mempunyai asas kukuh, sukar difahami mengapa beliau digantung selama enam tahun.

“Adakah kerana faktor lain? Jika ya, kenapa saya tidak didakwa atas faktor berkenaan? Tiada sebarang penghakiman dan justifikasi diberikan mengenai hukuman ini seperti dibuat mahkamah selepas menjatuhkan hukuman.

“Sehingga sekarang saya tak tahu apa justifikasi Tribunal Lembaga Disiplin apabila menjatuhkan hukuman ini terhadap saya,” soalnya.

Pada Mac 2021, Tun Faisal yang juga mantan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) digantung selama enam tahun sebagai ahli UMNO.

Surat penggantungan itu yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dikeluarkan selepas Majlis Kerja Tertinggi parti berkenaan mengesahkan keputusan lembaga disiplin parti pada 8 Mac 2021. - Getaran, 14 Januari 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Himpunan Kemuka 3 Tuntutan, Bantah Keputusan Lepas Tanpa Bebas Ahmad Zahid

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Budaya Musyawarah Beri Ruang, Peluang Penjawat Awam Bersuara Sampai Pandangan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Keputusan Permohonan Siti Bainun Tangguh Hukuman Penjara Diketahui 23 Mei

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad