web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Abang Johari Umumkan Senarai Kabinet Baharu Sarawak

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 4:52PM

Tan Sri Abang Johari Tun Openg - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ketua Manteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini mengumumkan barisan kabinet baharu Sarawak terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda.

Abang Johari memegang tiga portfolio iaitu Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli serta Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar.

Beliau juga menamakan tiga timbalan ketua menteri terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban,  Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Sari Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan ADUN Batu Kawah Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Uggah juga dilantik sebagai Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan serta Menteri Kedua Kewangan dan Ekonomi Baharu sementara Awang Tengah pula selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan serta Menteri Kedua Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli. 

Sementara itu Dr Sim yang merupakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dilantik sebagai Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Pelantikan lain ialah ADUN Kakus Datuk John Sikie Tayai (Menteri di Jabatan Ketua Menteri); ADUN Kemena Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah); ADUN Senadin  Datuk Seri Lee Kim Shin (Menteri Pengangkutan) dan ADUN Sebuyau Datuk Julaihi Narawi (Menteri Utiliti dan Telekomunikasi).

Sementara itu, ADUN Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah memegang dua portfolio iaitu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Menteri wanita tunggal dalam kabinet kali ini, ADUN Dalat Datuk Seri Fatimah Abdullah menggalas portfolio Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat sementara ADUN Talat   Datuk Roland Sagah Wee Inn sebagai Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat. 

Berikut senarai penuh kabinet baharu negeri : 

Ketua Menteri: Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Timbalan Ketua Menteri:

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

Menteri di Jabatan Ketua Menteri:  Datuk John Sikie Tayai

Menteri Muda:

Datuk Sharifah Hasidah Syeed Aman Ghazali (Undang-undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan)

Datuk Gerawat Gala (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek)

Datuk Abdullah Saidol (Hubungan Korporat, Penerangan dan  Unit Komunikasi Awam Sarawak(UKAS))

Datuk Juanda Jaya (Integriti dan Ombudsman)

Jefferson Jamit Unyat (Undang-undang dan Adat Pribumi)

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu: Tan Sri Abang Johari Tun Openg 

Menteri Kedua: Datuk Amar Douglas Uggah Anak Embas

Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli : Tan Sri Abang Johari Tun Openg 

Menteri Kedua: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda: Datuk Len Talif Salleh

Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar : Tan Sri Abang Johari Tun Openg 

Menteri Muda: Dr Hazland Abang Hipni

Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan : Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Menteri Muda:

Aidel Lariwoo 

Datuk Majang Renggi

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan : Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Menteri Muda: Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh

Menteri Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan: Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

Menteri Muda:

Datuk Dr Penguang Manggil 

Michael Tiang Ming Tee

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah : Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom

Menteri Muda:

Datuk Dr Abdul Rahman  Ismail 

Martin Ben

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Lee Kim Shin 

Menteri Muda:

Datuk Dr Jerip Susil

Datuk Henry Harry Jinep

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi: Datuk Julaihi Narawi 

Menteri Muda:

Datuk Liwan Lagang

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Muda:

Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

Datuk Snowdan Lawan

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan: Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

Menteri Muda:

Datuk Gerald Rentap Jabu

Dr Ripin Lamat

Menteri Pembangunan Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Masyarakat: Datuk Seri Fatimah Abdullah

Menteri Muda:

Datuk Rosey Haji Yunus 

Mohamad Razi Sitam

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat : Datuk Roland Sagah Wee Inn

Menteri Muda:

Dr Annuar Rapaee 

Datuk Francis Harden Hollis - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Penerbangan Butik Sarawak Dijangka Beroperasi Dalam 3 Tahun - Abang Jo

2

Politik 3 tahun yang lalu

Harap Premier Sarawak Longgarkan Larangan Berkempen Untuk PH - Anwar

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad