web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Sarawak: Keputusan Tidak Rasmi, GPS Capai Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 8:50PM

Abang Johari tiba bagi mengikuti keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) disini hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara tidak rasmi telah berjaya memenangi 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12), jumlah kerusi minimum untuk membentuk kerajaan negeri.

Setakat pukul 7.35 malam tadi, 42 kerusi dimenangi pakatan itu termasuklah di kerusi DUN Gedong yang ditandingi Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut memenangi kerusi mereka di Bukit Sari dan Bukit Saban.

Penyandang bagi kerusi DUN Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan DUN Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali; berjaya mengekalkan kerusi masing-masing.

GPS terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

PRN Sarawak kali ini menyaksikan 13 pertandingan tiga penjuru, 33 empat penjuru, 24 lima penjuru, tujuh pertembungan enam penjuru, satu persaingan lapan penjuru dan empat satu lawan satu.

GPS meletakkan 82 calon diikuti Parti Bumi Kenyalang (PBK) (73), Parti Sarawak Bersatu (PSB) (70), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (28), DAP (26), Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) (15), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) (11), Parti Amanah Negara (Amanah) (lapan), Parti Sedar Rakyat Sarawak (Sedar) (lima) dan PAS (1).

Tiga puluh calon Bebas turut bertanding pada PRN ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

2

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Daftar Pemilih Tambahan Januari 2024 Dibuka Untuk Semakan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lat Tempoh Masih Berkuat Kuasa, SPR Tiada Rancangan Laksana Kajian Semula Persempadanan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad