web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Tidak Bertanding Di PRN Sarawak - Mohamad Hassan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 12:13PM

Mohamad Hasan (tengah) pada sidang media di Kuching, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak memerlukan ‘campur tangan luar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 ini, kerana pemimpin-pemimpinnya cukup berkemampuan untuk memperolehi kepercayaan rakyat Sarawak.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata BN tidak akan menurunkan jenteranya pada PRN ini.

“Tetapi jika ada keperluan untuk beberapa orang pemimpin BN untuk membantu, kami akan sentiasa ada di sini. Tetapi buat masa ini, tidak, kerana kami rasakan kepimpinan GPS adalah terbaik untuk mengendalikan Pilihan Raya Negeri ini dan mendapat kepercayaan daripada rakyat Sarawak sendiri,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di sini, yang turut dihadiri oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mohamed berkata kunjungan pemimpin-pemimpin BN ke Sarawak bertujuan memberikan sokongan moral kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan GPS, dalam menghadapi PRN Sarawak ke-12.

Beliau berkata BN secara rasmi tidak akan menyertai PRN Sarawak buat pertama kali.  

“Saya berharap rakyat negeri Sarawak dapat memberikan mandat yang besar kepada parti GPS semasa pilihan raya negeri akan datang. Kestabilan perlu ada jika kita hendak pembangunan dan kemakmuran,” katanya.

Mohamad turut menegaskan penggunaan bendera dan logo Dacing BN tidak dibenarkan dalam kempen PRN Sarawak.

BN menurut beliau, akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya terdapat parti politik atau mana-mana individu menggunakan lambang parti itu dalam kempen PRN di Sarawak.

“Selain daripada GPS, kita tidak ada parti yang mesra dengan Barisan Nasional. Jadi kita tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan lambang Dacing, kerana Barisan Nasional tidak menyertai Pilihan Raya Negeri Sarawak ini,” tambahnya.

SPR telah menetapkan hari penamaan calon pada 6 Disember ini, pengundian awal pada 14 Disember manakala 18 Disember pula adalah hari pengundian PRN Sarawak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

2

Politik 4 tahun yang lalu

Kemenangan 2/3 GPS Isyarat Rekod Cemerlang Parti Tempatan

3

Politik 4 tahun yang lalu

PRN Sarawak, Peratus Keluar Mengundi Rendah Mesej Rakyat Kepada Kerajaan

4

Politik 4 tahun yang lalu

GPS Ungguli PRN Sarawak, Catat Kemenangan Majoriti Mudah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad