web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yakin Menang di Shah Alam, Ucapan Afif Hanya Mahu Tutup Kelemahan BERSATU

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 3:24PM

SP Sarawanan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keyakinan Timbalan Ketua Penerangan II BERSATU, Dr Afif Bahardin bahawa partinya dapat menggulingkan Pakatan Harapan (PH), khasnya PKR di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) hanyalah satu kenyataan tidak berfakta.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shah Alam, SP Sarawanan menyifatkan ucapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya itu amat melucukan dan tidak ‘berpijak pada bumi yang nyata’.

Menurut beliau, ia juga dilihat sebagai cubaan untuk menutup kelemahan BERSATU, yang selama ini banyak bergantung kepada sokongan parti lain dalam mengukuhkan kedudukan mereka.

“Selepas kerajaan PH digulingkan dengan Langkah Sheraton pada Febuari 2020 yang turut melibatkan Dr Afif dan rakan-rakan lain, BERSATU yang asalnya bersama Pakatan Harapan (PH) telah bergabung bersama Perikatan Nasional (PN) meskipun UMNO, MCA serta MIC tidak menyokong.

“Selepas Presiden beliau digulingkan dengan hanya 18 bulan memerintah PN, seharusnya Dr Afif membuat penilaian sendiri sebelum mengecilkan parti yang telah mengangkatnya sebagai ADUN Seberang Jaya selama dua penggal,” katanya hari ini.

Terdahulu, Dr Afif menegaskan, BERSATU perlu menjadikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai pengalaman untuk menyusun strategi bagi menghadapi PRU ke-15.

“Kita kena terima (hakikat) PRN Melaka menang dua kerusi, tetapi dapat dilihat jumlah undi itu kita sebenarnya mempunyai sokongan baik dan besar di Melaka.

“Saya yakin sokongan berkenaan ada di Selangor, lebih-lebih lagi di Parlimen Shah Alam.

“Parti lama saya, PKR baru-baru ini di Melaka, kosong. Saya yakin serta saya tahu sebab lama di dalam parti itu. Kalau kena strateginya, susun jentera dari sekarang tidak mustahil PKR juga dapat kita kuburkan di Shah Alam,” katanya.

Sehubungan itu, Sarawanan menasihatkan agar Dr Afif sentiasa bermuhasabah dan merendah diri di samping berhati-hati ketika menyampaikan ucapan.

“Beliau sepatutnya memperbaiki prestasi BERSATU dan khidmat di kawasan Seberang Jaya serta tidak menyibukkan diri dengan bekas parti yang telah dikhianatinya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pengkhianatan yang dilakukan Timbalan Ketua Penerangan II BERSATU itu dan partinya dalam Langkah Sheraton juga pasti akan dihakimi oleh rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Jaya pada pilihan raya umum yang akan datang.

“AMK Shah Alam bersimpati terhadap rakyat di Seberang Jaya kerana ADUN mereka banyak menghabiskan masa berjalan-jalan di Shah Alam daripada memberi khidmat kepada rakyat di sana.

“Kita menegaskan PKR di Shah Alam akan terus kukuh dan bersedia mempertahankan DUN Kota Anggerik dan DUN Batu Tiga. Sekiranya beliau cuba ‘mengintai’ Parlimen Shah Alam, PKR akan mempertahankan demi PH,” katanya. - Getaran, 29 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad