web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perlu Daftar GRS Sebagai Gabungan Rasmi, Elak Bertembung Seperti PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 9:00PM

Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung, baru-baru ini memberi petunjuk jelas untuk pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bertindak memperkasakan hala tuju blok berkenaan.

Justeru, GRS perlu didaftar sebagai gabungan parti politik secara rasmi bagi memperkukuhkan perpaduan yang mampu membawa keuntungan kepada rakyat di Sabah.

Pengerusi Kelab Backbenchers GRS, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak berkata, ia setelah mengambil kira situasi pada pilihan raya negeri tersebut yang menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

“Ternyata, rakyat Sabah mengutamakan kestabilan politik demi pembangunan masa depan dan kemakmuran yang lebih teratur. PRN Melaka jelas menunjukkan kesinambungan kepada mesej, bagaimana kita mahu elak pertembungan Ahli GRS seperti PN dan BN di masa depan.

“Sehubungan itu, pemimpin GRS wajar duduk semeja dan bincang tindakan bagi memperkasakannya.

“Ia penting untuk memperkuatkan kuasa ahli kita untuk menentukan hala tuju GRS itu sendiri,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Salleh berpandangan, GRS perlu menimbangkan kemungkinan membuka keahlian secara langsung kepada parti lain untuk menjadi ahli komponen, di samping individu yang mahu menyertai gabungan terbabit.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, blok GRS berkesan kerana melibatkan kerjasama parti nasional dan parti tempatan yang mempunyai struktur jelas.

“Oleh itu, kita perlu mengutamakan pendaftaran GRS sebagai gabungan politik yang rasmi. Para pemimpin GRS perlu bincang segera untuk merealisasikan objektif ini.

“Ini perlu dilakukan agar orang awam tidak lagi keliru mengenai GRS dan gabungan itu perlu kekal fokus dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Salleh tidak menolak kemungkinan akan wujudnya percanggahan pendapat terhadap cadangan itu.

Namun secara peribadi, beliau menyatakan pandangan berkenaan demi masa depan rakyat di Sabah dan ia penting bagi setiap ahli politik GRS membincangkan perkara ini secara terbuka dan bertimbang rasa.

“Sabah mempunyai berkat kekayaan alam semula jadi dan rakyat berbilang kaum yang terkenal dengan sikap toleransi.

“Sabah sudah wujud sebagai entiti selama 140 tahun, sejak 1 November 1881.

“Pokoknya, untuk memastikan Sabah terus mengorak langkah, GRS perlu ketepikan politik polemik dan kekalkan tumpuan kita untuk terus bekerja,” katanya. - Getaran, 25 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai