web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tok Mat Jangan Terlalu ‘Teruja’, Tak Wajar PRU-15 Disegerakan - BERJASA

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 2:57PM

Orang ramai beratur dihadapan SRA JAIM Taman Datuk Thamby Chik Karim untuk membuang undi sempena PRN Melaka. - Gambar oleh Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) mengingatkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan agar tidak terlalu ‘teruja’ sehingga sanggup memperjudikan nyawa rakyat.

Ini susulan saranan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau itu supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempertimbangkan agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat selepas BN berjaya membentuk kerajaan di Melaka.

Setiausaha Agungnya, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim berpandangan, tiada keperluan bagi mempercepatkan PRU15, apatah lagi kes positif COVID-19 juga kini menunjukkan sedikit peningkatan.

Beliau berkata, pihaknya terkejut dan amat pelik dengan kenyataan Mohammad yang kelihatan tergesa-gesa mahu menekan Perdana Menteri bagi mempercepatkan PRU15 sebelum Julai 2022, semata-mata kerana kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.

Muhammad Lukman Al Hakim
Muhammad Lukman Al Hakim

“Tarikh tersebut telah dirangka bersama, antara pihak kerajaan dan pembangkang mengambil kira faktor pandemik COVID-19 yang masih belum reda sepenuhnya.

“Bahkan PRN Melaka sendiri berlaku dalam keadaan sangat berisiko tinggi. Ramai pengundi terutama dari luar kawasan mengambil pendirian tidak mengundi kerana masih risau akan penularan pandemik yang telah membunuh jutaan manusia ini,” katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Atas faktor itu, Muhammad Lukman menegaskan peratusan keluar mengundi menjunam sehingga 61 peratus disebabkan kerisauan masyarakat bagi keluar mengundi disebabkan pandemik COVID-19.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan kes di Melaka seperti yang berlaku selepas PRN Sabah malah, tidak mustahil juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 4.0 bakal dilaksanakan di seluruh negara.

“Jika PRN pun berisiko tinggi, apatah lagi PRU yang akan melibatkan seluruh negara. Ini ditambah lagi dengan perangai buruk pimpinan politik negara yang tak faham bahasa dan melanggar SOP semasa berkempen.

“Jadi Tok Mat (Mohamad) tak perlulah terlalu teruja sehingga sanggup memperjudikan nyawa rakyat. Jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kelak nanti menang sorak, kampung tergadai,” katanya.

Terdahulu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan pihaknya menyuarakan perkara itu kepada Perdana Menteri sebaik saja BN memenangi PRN Melaka, dengan mengambil kira sentimen rakyat ketika ini.

Namun, beliau menjelaskan kononnya pertimbangan terbabit bukan mahu memberi tekanan untuk PRU-15 diadakan sebelum akhir tahun ini.

“Saya cakap dengan Perdana Menteri, kita perlu mempertimbang untuk menyegerakan PRU.

“Suka atau tidak, kita tunggu hingga Julai tahun depan sebab perjanjian (persefahaman antara kerajaan dengan pembangkang).

“Ini pun tidak tahulah kerana banyak yang kalah teruk di Melaka, tidak tahulah kalau mereka akan ‘pull the plug’ (menarik diri).

“Dalam politik apa jua boleh berlaku. Dinamiknya berubah setiap hari dan tidak statik, justeru terpulang kepada BN dan UMNO untuk membuat ulang kaji,” katanya. - Getaran, 23 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 tahun yang lalu

GPS Terus Beri Tumpuan Pastikan Kerajaan Perpaduan Stabil - Fadillah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwa Usul Tambahan Langgar Perlembagaan UMNO, RoS Digesa Siasat

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Tanah Runtuh: "Terima Kasih Pasukan SAR, Petugas Media" - Fahmi Fadzil

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pernah Jadi Speaker Bawah Pokok , Sivakumar Kini Jadi Menteri

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad