web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Puas Hati Sulaiman KM Hanya Khabar Angin - Rauf

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 11:20PM

Ab Rauf Yusoh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MASJID TANAH - Desas-desus bahawa wujudnya bibit-bibit ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin UMNO Melaka berhubung perlantikan Datuk Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka disahkan tidak benar.

Penafian itu dibuat oleh Ketua Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh dalam satu sidang media malam ini, yang menegaskan bahawa Sulaiman disokong sepenuhnya oleh beliau dan juga barisan pimpinan parti di negeri itu.

“Tiada kemelut dalaman. Kami tidak ada sebarang masalah dengan perlantikan Sulaiman. Kami telah berkerja bersama-sama untuk mendapat sebuah kerajaan yang stabil.

“Oleh itu saya menolak sama sekali tentang adanya kemelut antara kami bagi menentang Ketua Menteri yang sedia ada.

''Saya menolak, sekeras-kerasnya khabar angin tersebut. Kami di Melaka, semua ketua bahagian dan saya selaku Ketua Perhubungan Negeri, menzahirkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau,” tegasnya.

Khabar angin berhubung 'ketidakpuasan hati' yang kononnya turut membabitkan Rauf itu timbul kerana ketidakhadiran beliau semasa Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Ke-13 pada jam 12:58 tengah malam semalam.

Bagaimanapun, penjelasan Rauf bercanggah dengan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hassan Rahman, yang dalam satu sidang media petang tadi mendakwa, khabar angin berhubung perkara itu adalah benar.

“Memang ada gelora yang berlaku kerana ada pihak nak menjadi Ketua Menteri seperti yang dikhabarkan dan ini perkara biasa dalam politik," katanya. 

Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13 yang berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam dijalankan secara tertutup sejurus Barisan Nasional mencapai kemenangan besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam.

Yang turut hadir dalam majlis itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak. – Getaran, 21 November 2021.

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM