Berita Terkini

12 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Larry Sng - `Saya Tidak Akan Keluar PH Jika Undang-undang Peruntukan Digubal'

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2021 2:37PM

Larry Sng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Julau, Larry Sng yang meninggalkan PKR untuk menjadi Ahli Parlimen bebas mesra Perikatan Nasional (PN), menyalahkan parti lamanya di atas tindakan berpaling arah.

Sng berkata, Pakatan Harapan (PH) yang sering merungut mengenai peruntukan yang tidak setara kepada Ahli Parlimen pembangkang, boleh mengelakkan perkara itu jika mereka melaksanakan perubahan ketika berkuasa dulu.

Beliau mengakui kekurangan peruntukan digunakan oleh kerajaan Perikatan Nasional untuk menjadikan kawasannya yang merupakan antara yang termiskin di negara ini, sebagai `tebusan'.

Bercakap kepada The Vibes, Sng berkata ketika berada di bangku pembangkang, terdapat kekurangan dana untuk menangani keperluan asas di kawasannya dan ia mendorongnya berpaling arah.

“Sekarang saya berada bersama kerajaan, tanggapan juga berubah dan orang ramai berharap agar saya menunaikan janji," katanya.

Ketika pengkritik mungkin melihat ia sebagai `peras ugut', bekas ketua PKR Sarawak itu berkata, keputusan tersebut diambil disebabkan kegagalan PH untuk menggubal undang-undang bagi memastikan peruntukan yang sama rata kepada semua kawasan, tidak kira ia berada di bawah kerajaan atau pembangkang.

"PH mempunyai peluang ketika mereka berada selama 22 bulan dalam kerajaan untuk menggubal undang-undang bagi memastikan peruntukan sama rata diperuntukkan kepada semua Ahli Parlimen, namun mereka gagal berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, meskipun keputusan keluar PKR itu dibuat ketika Dewan Rakyat mungkin bersidang semula dan kemungkinan undi percaya akan dihadapi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini tidak ada kaitan dengan langkah yang diambilnya.

"Tidak ada masa yang sesuai untuk keluar parti, namun apabila tiba masa untuk keluar, seseorang itu perlu keluar.  

"Kita telah memberi peluang kepada parti untuk mengambil alih kerajaan, dan mereka gagal untuk berbuat demikian. Orang ramai tidak boleh menunggu lagi," katanya.

Sng mengulangi pendirian bahawa tindakannya menukar (sokongan) akan memberikan manfaat kepada kawasan Parlimennya.

"Saya yakin kerajaan akan lebih banyak memfokus dalam membawa pembangunan kepada kawasan saya.

"Diberikan peluang ini, saya akan mempertingkatkan penglibatan dengan orang ramai untuk mengenalpasti kawasan yang memerlukan perhatian dan memastikan permintaan rakyat diproses dengan segera," katanya.

Meskipun menerima kecaman daripada beberapa pihak, beliau percaya pengundinya memberikan sokongan.

"Saya rasa ia merupakan sesuatu yang bagus untuk Julau. Maklum balas adalah positif. Orang ramai gembira untuk mendapat lebih dana dan mereka memerlukan dana. Peruntukan membina infrastruktur dan menyediakan utiliti,".

Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong meninggalkan PKR secara rasmi pada Ahad dan mengumumkan dirinya sebagai Ahli Parlimen bebas mesra kerajaan pusat serta berikrar akan setia kepada Muhyiddin Yassin. - Getaran, 3 Mac 2021

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Rayuan Pendakwaan Terhadap Keputusan Kes Kematian Zulfarhan Didengar 14 Mei

Semasa 19 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Semasa 1 jam yang lalu

Nahas Babitkan 7 Kenderaan: 3 Penunggang Motosikal Dilaporkan Stabil

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi