web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Komited Perjuang Penggubalan Enakmen Lompat Parti - Zahid

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 11:51PM

Ahmad Zahid bersama barisan kepimpinan BN mengadakan sidang media selepas BN memperoleh kemenangan besar pada PRN Melaka di Seri Chendana, Melaka, sebentar tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) terus komited untuk memperjuangkan penggubalan enakmen lompat parti sebagai manifesto yang diperjuangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam sidang media secara langsung tadi, Ahmad Zahid berkata, ketetapan itu akan dicadangkan pada persidangan pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka nanti.

Menurut beliau, ia turut mencakupi kerjasama antara wakil rakyat, bagi memastikan PRN di Melaka dalam tempoh empat tahun dari sekarang serta mengusulkan peruntukan dan kebajikan kepada semua secara adil.

Penyokong BN meraikan kemenangan parti berkenaan pada PRN Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman
Penyokong BN meraikan kemenangan parti berkenaan pada PRN Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman

Kemenangan besar BN di Melaka hari ini jelasnya, mencerminkan perubahan sikap rakyat yang kembali menyokong parti itu dan komponennya.

“BN juga mengiktiraf permintaan rakyat yang mahukan kestabilan politik ini diterjemahkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Hari ini isyarat yang jelas telah diberikan oleh rakyat, apabila mereka mengundi selaras dengan agenda kestabilan politik yang menjadi teras kepada akujanji BN,” katanya menerusi satu sidang media khas di Seri Chendana, Melaka, malam tadi.

Ahmad Zahid tiba di Seri Chendana bagi meraikan kemenangan BN pada PRN Melaka. - Gambar Azim Abd. Rahman
Ahmad Zahid tiba di Seri Chendana bagi meraikan kemenangan BN pada PRN Melaka. - Gambar Azim Abd. Rahman

Dalam sidang media itu, Zahid yang baru pulang dari menjalani rawatan di Jerman turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan di komponen, serta jentera yang bertungkus-lumus memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Saya ambil kesempatan ini untuk ucapkan tahniah atas kejayaan Pengarah PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepimpinan tertinggi parti di semua peringkat, serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Tidak ketinggalan Presiden MCA, MIC serta seluruh kepimpinan dan tidak dilupakan, Pengerusi Penasihat Lembaga BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 2 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran