web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Galas Tanggungjawab Besar Selepas PRN Melaka

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:36PM

Sulaiman Md Ali tiba di bilik gerakan BN di Melaka, sebentar tadi. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bukan perkara yang sepatutnya ‘dibanggakan’, sebaliknya satu isyarat untuk parti itu melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin bagi menjaga kebajikan rakyat dan terus membangunkan negeri berkenaan.

Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Rusdi Omar, berkata usaha paling penting untuk diberikan tumpuan adalah mengutamakan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi Melaka ke arah lebih baik supaya menjadi semakin maju.

“Bagi menjadikan sesebuah negeri lebih maju, ia memakan masa, jadi BN perlu meneruskan usaha kerajaan terdahulu, seperti beberapa projek yang sedang dibangunkan.

“Permasalahan yang berlaku sekarang ini perlu dikenal pasti dan diatasi. Keutamaan harus ditumpukan kepada rakyat Melaka, bukan pemimpin,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PRN Melaka yang menyaksikan BN menang besar selepas memperoleh 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan.

Ditanya mengenai faktor kemenangan parti gabungan UMNO, MCA dan MIC itu, Rusdi berkata, perkara terbabit disumbangkan kekuatan gerak kerja jentera dan akar umbinya yang dilihat lebih efektif berbanding pihak lawan.

Pencetus kemenangan berkenaan, katanya, mungkin juga disumbangkan kekurangan peratusan keluar mengundi yang tidak sampai 70 peratus, berbanding Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU-14).

Situasi itu jelas beliau, memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi PRN Melaka, terutama apabila parti berkenaan dibarisi jentera dan penyokong yang ramai. 

“Bila kurang 70 peratus keluar mengundi dan apabila keadaan ini berlaku di kawasan majoriti Cina, India atau pengundi campuran, itu memberi kesan besar.

“Jadi dalam situasi ini contohnya, untuk Pakatan Harapan (PH) mahu menang besar bukan satu perkara mudah dan mungkin lagi susah, kecuali jumlah pengundi yang keluar melebihi 70 peratus,” katanya.

Dr Rusdi Omar
Dr Rusdi Omar

Pada masa sama, Rusdi berkata, pandemik COVID-19 kemungkinan turut menjadi punca, apabila kira-kira 30 peratus pengundi di negeri berkenaan berbelah bahagi untuk keluar mengundi dan akhirnya memilih tidak melaksanakan hak terbabit kerana mengutamakan kesihatan.

“Mungkin juga peratusan pengundi tidak keluar itu kerana mereka merasa, kalau mengundi pun kerajaan negeri boleh dibentuk tanpa ada pilihan raya.

“Ini juga yang pernah terjadi di peringkat negeri dan pusat, jadi bagi mereka undi atau tidak keadaannya sama sahaja,” katanya.

Mengulas adakah kemenangan itu akan meningkatkan reputasi BN di mata rakyat, sekali gus boleh memberi kelebihan atau peluang lebih besar untuk memenangi PRU Ke-15 (PRU-15), Rusdi berpendapat kejayaan terbabit sememangnya menyediakan momentum lebih baik kepada parti berkenaan.

Jelasnya, PRN Melaka juga adalah medan ujian kepada BN sama ada mereka akan meneruskan perjuangan untuk bertanding di PRU secara sendirian atau tidak.

Melihat keputusan PRN Melaka itu, katanya, kemungkinan besar beliau merasakan BN akan bergerak secara solo.

“Kemenangan ini membuatkan momentum BN berada dalam keadaan baik, malah isu yang dicetuskan semasa PRU-14 sudah tidak ada dan kita sendiri pun tertanya-tanya sama ada isu ini betul atau sebaliknya.

“Kesan dilihat daripada PRN Melaka ini adalah rakyat di negeri itu memerlukan sebuah kerajaan yang betul-betul stabil dan mempunyai 2/3 majoriti. Itu apa yang berlaku dan BN mengambil kelebihan daripada perkara ini,” katanya. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad