web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sanggup Sewa Ambulans Demi Pergi Mengundi, Pesara Setia Laksana Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 12:43PM

Rahim menunjukkan jarinya yang disapu dakwat kekal selepas selesai membuang undi sempena PRN Melaka. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pesara sanggup menyewa sebuah ambulans swasta semata-mata mahu menunaikan tanggungjawabnya membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Rahim Yaakob, yang kini berusia 57 tahun itu, hadir seawal jam 8.15 pagi dengan menggunakan perkhidmatan terbabit di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Daun (K), Lendu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, walau pergerakan agak terbatas disebabkan penyakit angin ahmar, namun itu bukan penghalang bagi dirinya mengundi pemimpin yang dimahukan mentadbir kerajaan negeri Melaka.

“Pergi dan balik diaorang (mereka) hanya ambil RM210 dan ini semua saya gunakan duit sendiri demi untuk pergi mengundi.

“Rasa teruja dapat mengundi hari ini walaupun takut suasana COVID-19, namun ini tanggungjawab dan kerana itu saya sanggup menyewa ambulan untuk pergi mengundi,” katanya.

Sementara itu, walaupun pergerakan agak terbatas disebabkan faktor usia, seorang warga emas, Rahim Kudus, 64, tetap bersemangat dengan tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membuang undi.

Rahim Kudus tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membuang. - Gambar oleh Aiman Sadiq
Rahim Kudus tiba seawal jam 7.30 pagi bagi membuang. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Katanya, keadaan di pusat mengundi juga sesuai bagi warga emas kerana disediakan pengiring bagi membawa pengundi ke dalam kawasan sekolah dan kemudahan kerusi roda, selain prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi membendung wabak COVID-19.

“Hari ini saya datang mengundi di sini dengan dihantar oleh anak saya walaupun tidak sihat sedikit. Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak membantu bagi mengundi pada hari ini.

“Saya tidak berasa risau untuk keluar mengundi, meskipun wabak COVID-19 masih wujud kerana percaya dengan keberkesanan SOP yang dilaksanakan,” katanya.

Siti Maimun Hassan, 78 pula yang menetap di Kampung Durian Daun turut bersemangat keluar mengundi pada hari ini, meskipun sakit di bahagian lutut.

Sakit lutut tidak menghalang Siti Maimun keluar mengundi. - Gambar oleh Aiman Sadiq
Sakit lutut tidak menghalang Siti Maimun keluar mengundi. - Gambar oleh Aiman Sadiq

“Dah dua tahun sakit kaki disebabkan oleh kemalangan yang saya alami dua tahun lalu. Walaupun begitu, saya tetap mahu pergi mengundi hari ini.

“Ini kali keempat saya tunaikan tanggungjawab saya sebagai pengundi kerana sebelum ini saya menetap di Singapura. Saya amat berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian yang dilakukan SPR,” katanya. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 2 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Luar Negara 8 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran