web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biar Pengundi Tentukan Peneraju Melaka - Mas Ermieyati

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:20AM

Mas Ermieyati sempat menziarahi pusara ayahnya sebelum ke tempat mengundi. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin menyerahkan kepada pengundi untuk menentukan parti mana yang akan dipilih bagi menerajui Melaka.

Ditemui media di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ramuan China Besar, beliau berkata, seluruh jenteranya sudah melalukan yang terbaik untuk meyakinkan pengundi supaya menyokong calon PN.

“Yang penting hari ini adalah hari penting untuk Melaka. Saya dan jentera sudah berusaha dan cuba untuk (menangkan) PN. Hari ini kita pulangkan semula kepada rakyat untuk buat pilihan.

“Apa jua pilihan mereka (diharap) akan beri yang terbaik kepada Melaka,” katanya.

Beliau turut memaklumkan sempat menziarahi pusara ayahnya, sebelum ke tempat mengundi pagi tadi.

“Saya sempat menziarahi kubur (arwah) ayah. Beliau pernah menceburkan diri dalam bidang politik.

“Dia banyak mencorakkan kehidupan dan mempengaruhi saya. Sebelum pergi undi tadi, saya lawat kubur dia dulu,” katanya.

Beliau juga mengakui agak keletihan, selepas bekerja keras merayu undi sepanjang tempoh berkempen bermula 8 November lalu.

“Kita adakan perjumpaan dengan calon dan jentera. Saya amat berterima kasih kepada semua jentera dari Melaka dan seluruh tanah air.

“Saya terhutang budi kepada mereka (jentera). Kehadiran mereka memberi saya kekuatan,” katanya.

Mas Ermiyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah sebelum ini dinamakan sebagai calon Ketua Menteri jika PN memenangi PRN Melaka.

Beliau akan dicabar calon BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta calon PH, Zainal Hassan. - Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut