web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Adly Selesai Buang Undi, Harap Rakyat Melaka Tunai Tanggungjawab

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:13AM

Adly Zahari dan isteri selesai membuang undi di PDM Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal, hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KATIL - Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari selesai membuang undi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.

Beliau yang tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal pada pukul 8.07 pagi itu bersyukur kerana proses mengundi di situ berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah kesemua petugas SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah memastikan supaya pengundi mematuhi SOP (prosedur operasi standard) COVID-19.

“Walaupun pada pagi ini agak mendung, saya berharap agar semua pengundi di Melaka dapat menunaikan tanggungjawab mereka hari ini,” ujar Adly dalam satu sidang media selepas beliau selesai mengundi jam 8.30 pagi tadi.

Dalam PRN kali ini, Adly yang merupakan calon Ketua Menteri Pakatan Harapan (PH) menghadapi pertembungan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Tiga pencabar Adly yang merupakan penyandang DUN Bukit Katil ialah Datuk Hasnoor Husin (Barisan Nasional (BN)), Muhammad Al Afiz Yahya (Perikatan Nasional (PN)), dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).

Dalam PRN kali ini, kesemua kerusi DUN akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru yang membabitkan 217 pusat mengundi.  

Seramai 112 calon daripada BN, PN, PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Parti Perikatan India Muslim Nasional serta calon Bebas akan berentap di 28 kerusi DUN.

Sebanyak 1,109 saluran mengundi dibuka bagi membolehkan 476,037 pengundi Melaka menunaikan tanggungjawab mereka.

Ini adalah PRN kedua, selepas PRN Sabah pada September tahun lalu, yang berlangsung tatkala negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad