web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: 217 Pusat Mengundi Dibuka 8 Pagi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 7:53AM

Seorang anggota polis memantau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sebanyak 217 pusat pengundian dengan 1, 109 saluran dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada  Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.

Seramai 476,037 pengundi berdaftar bakal mengundi manakala 12,290 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah bersiap siaga bagi proses pengiraan undi. 

Kesemua pusat pengundian akan ditutup pada 5.30 petang ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, melakukan saringan suhu badan, menggunakan pensanitasi tangan dan merekodkan kehadiran serta mengamalkan penjarakan fizikal pada hari pengundian.

Untuk mengelakkan kesesakan mereka juga dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

Seorang warga emas hadir ke pusat pengundian di SK Durian Daun, Lendu. - Gambar Aiman Sadiq
Seorang warga emas hadir ke pusat pengundian di SK Durian Daun, Lendu. - Gambar Aiman Sadiq
Seorang pengundi warga emas mendapat bantuan untuk ke pusat pengundian di SK Durian Daun, Lendu. - Gambar Aiman Sadiq
Seorang pengundi warga emas mendapat bantuan untuk ke pusat pengundian di SK Durian Daun, Lendu. - Gambar Aiman Sadiq
Seorang warga emas menggunakan kerusi roda untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Jeram, Tanjung Bidara. - Gambar Mustaffa Kamal
Seorang warga emas menggunakan kerusi roda untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi di SK Jeram, Tanjung Bidara. - Gambar Mustaffa Kamal
Calon BN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Ab Yusoh tiba di Pusat Mengundi SK Jeram jam 8.18 pagi. - Gambar Mustaffa Kamal
Calon BN Tanjung Bidara, Datuk Seri Rauf Ab Yusoh tiba di Pusat Mengundi SK Jeram jam 8.18 pagi. - Gambar Mustaffa Kamal
Rauf beratur untuk mengundi pada PRN Melaka. - Gambar Mustaffa Kamal
Rauf beratur untuk mengundi pada PRN Melaka. - Gambar Mustaffa Kamal
Siti Maimun Hassan selesai mengundi pada PRN Melaka. - Gambar Aiman Sadiq
Siti Maimun Hassan selesai mengundi pada PRN Melaka. - Gambar Aiman Sadiq
Shahir Kudus dari Kampung Durian Daun. - Gambar Aiman Sadiq
Shahir Kudus dari Kampung Durian Daun. - Gambar Aiman Sadiq

Proses pengundian terbabit akan disaksikan oleh ejen calon serta Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR dan proses pengundian berkenaan dijangka turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook (FB) SPR.

Seramai 112 calon daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia, Parti Perikatan India Muslim Nasional serta calon Bebas akan berentap di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

PRN Melaka diadakan selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan ke atas kerajaan negeri, menyebabkan pembubaran sidang DUN pada Oktober lalu.

Ini adalah PRN kedua, selepas PRN Sabah pada September tahun lalu, yang diadakan ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19. - Getaran, 20 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad