web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pencalonan Ketua Menteri Bukan 'Easy Win' - Mas Ermieyati

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 10:33PM

Mas Ermieyati Samsudin - Gambar Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANGJUNG BIDARA - Datuk Mas Ermieyati Samsudin tidak menganggap pencalonannya sebagai Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kelebihan yang menjanjikan kemenangan mudah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.

Serentak dengan itu, beliau merayu kerjasama pengundi, khususnya kaum Hawa agar memberi  sokongan padu pada kemuncak Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

“Saya tidak anggap pengumuman ini sebagai satu ‘advantage’ tapi dalam masa yang sama juga saya tak boleh rasa selesa sebab untuk bertanding di DUN ini adalah satu cabaran besar buat saya.

“Saya menganggap pencalonan saya sebagai satu pengiktirafan kepada wanita, bukan sahaja wanita PN tetapi wanita seluruh negara bahawa sekarang ini tiada apa yang mustahil. Saya mohon jasa baik semua (pengundi), saya nak mohon supaya diberikan peluang, saya merayu kepada semua untuk berikan kepercayaan bukan sahaja kepada saya tetapi kepada semua calon PN,” kata Mas Ermieyati pada sidang media di sini malam ini.

Pencalonan Mas Ermieyati, yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, sebagai Ketua Menteri jika PN memenangi PRN Melaka diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media di Selangor, petang tadi.

Mas Ermieyati bakal berentap dalam pertembungan tiga penjuru yang turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ab Rauf Yusoh dan Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan. – Getaran 18 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad