Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Siapa Boleh Menang Di Kerusi Panas?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 8:35PM

Seramai 495,195 pengundi akan menentukan pihak mana yang akan memerintah Melaka pada PRN, Sabtu ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kurang 48 jam dari sekarang, baki 482,549 daripada jumlah keseluruhan 495,195 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini, dan tiga kerusi 'panas' masih kelihatan sama-samar untuk dimenangi mana-mana pihak.

Tiga kerusi berkenaan membabitkan Tanjung Bidara, Asahan dan Telok Mas, masing-masing ditandingi calon-calon 'berpengaruh' daripada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Di Tanjung Bidara, tumpuan pastinya terarah kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh daripada BN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN) dan Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH).

Di Asahan pula membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (PH) yang bertukar kerusi dari Sungai Udang, Mohd Noor Salleh (Bebas), Ketua Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan (BN), Azmar Ab Hamid @ Sha'aim (Bebas), B. Dhanesh (PN) dan Mohd Akhir Ayob (Bebas).

Telok Mas pula melibatkan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (PN), Muhammad Ariff Adly Mohammad (Bebas), Ashraf Mukhlis Minghat (PH) dan Ketua UMNO bahagian Kota Melaka Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (BN).

Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain berkata beliau melihat Ab Rauf, Mas Ermieyati, Idris dan Mohd Rafiq, ketika ini, mendapat sokongan yang seimbang dengan calon lawan yang ditandingi mereka di kerusi masing-masing berdasarkan beberapa faktor.

"Di Tanjung Bidara, Ab Rauf dan Mas Ermieyati mempunyai pengalaman dari segi pentadbiran dan politik, namun pada masa yang sama mereka juga terpalit dengan sejarah hitam seperti isu lompat parti dan integriti.

“Idris mungkin mempunyai sokongan pengundi bukan Melayu daripada PH di Asahan namun kematian Ketua UMNO bahagian Alor Gajah yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan semalam mungkin meraih undi simpati kepada BN," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Idris Haron
Idris Haron

Idris, 55, yang menjadi Ketua Menteri Melaka selama lima tahun bermula 2013 adalah anak jati Kampung Relau, Asahan turut pernah menjadi timbalan menteri pengajian tinggi di peringkat persekutuan semasa menjadi Ahli Parlimen Tangga Batu, Melaka.

Mengulas mengenai peluang Mohd Rafiq di Telok Mas pula, Mohd Izani berkata penyandang kerusi berkenaan sebelum ini iaitu Datuk Noor Effandi Ahmad telah membuka ruang kepada Bersatu untuk bertapak di kawasan tersebut selepas menang dengan majoriti 1,288 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Katanya Telok Mas merupakan kubu kuat UMNO sebelum ini namun kemenangan Noor Effandi pada PRU14 juga mungkin disebabkan oleh undi protes daripada rakyat berikutan sentimen negatif diterima UMNO ketika itu berkaitan isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Mungkin Bersatu meletakkan Mohd Rafiq di Telok Mas agar undi terhadap parti itu kekal namun undi protes dilihat tidak kekal dan boleh berubah berdasarkan sentimen-sentimen semasa ketika tempoh berkempen," katanya.

Sulaiman Md Ali
Sulaiman Md Ali

Ditanya mengenai tiga kerusi panas lain membabitkan Lendu, Sungai Udang dan Bukit Katil yang masing-masing ditandingi bekas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dan seorang lagi bekas ketua menteri iaitu Adly Zahari, Mohd Izani berkata mereka bertiga dijangka akan menang mudah di kawasan masing-masing.

Ini kerana katanya pada PRN kali ini merupakan kali ketiga Sulaiman bertanding di Lendu dan mempunyai akar umbi yang kukuh, selain kempennya lebih tertumpu kepada kesinambungan mengenai projek-projek kerajaan negeri yang boleh dilakunya jika kembali dilantik sebagai ketua menteri.

"Mohamad Ali pula dilihat selesa di Sungai Udang kerana ia sememangnya menjadi kerusi 'fixed deposit' kepada mana-mana parti pemerintah berikutan kewujudan kem tentera di kawasan tersebut. Imbuhan atau insentif yang dibentangkan dalam Bajet 2022 kepada anggota tentera yang memuaskan hati mereka, saya rasa mereka akan beri sokongan kepada calon parti pemerintah," katanya.

Adly Zahari menaiki skuter di Bukit Baru.
Adly Zahari menaiki skuter di Bukit Baru.

Beliau berkata Adly juga mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Bukit Katil yang dimenanginya pada PRU14 kerana masih mempunyai aura sebagai bekas ketua menteri dari PH selain agresif mendekati pengundi sepanjang tempoh berkempen.

Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian menjangka peratusan keluar mengundi akan memberi kelebihan masing-masing kepada BN dan PH pada PRN Melaka kali ini.

Beliau berkata ketika ini banyak faktor mempengaruhi peratusan keluar mengundi, antaranya rakyat berpendapat PRN tidak perlu diadakan ketika kerajaan negeri ditumbangkan ketika pandemik COVID-19, pandemik adalah masa kerajaan untuk merakyatkan kepimpinan, undi protes dalam kalangan mereka yang melihat masih ada 'politiking' secara berterusan dan pengundi yang marah dan kecewa dengan situasi semasa negara.

"Saya tak terperanjat sekiranya peratusan keluar mengundi rendah ia memberi kelebihan kepada BN dan jika meningkat mendadak sebagaimana 2018 iaitu hampir 82 peratus ia boleh berpihak kepada PH.

"(Bagaimanapun) dalam konteks ini ia (peratusan keluar mengundi) tidak akan mencapai seperti 2018 ataupun barangkali peratusan jauh lebih rendah melainkan jentera parti keluar beramai-ramai memujuk pengundi supaya tidak memprotes PRN dan keluar menyokong parti (mengundi) sekali gus memastikan proses demokrasi terus terpelihara ," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

oleh Wartawan Getaran

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

oleh Wartawan Getaran