web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Keluar Mengundi Ikut Masa Dicadangkan - SPR

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 11:16AM

Pengundi dinasihatkan supaya menyemak aplikasi MySPR Semak bagi mengetahui masa mengundi yang dicadangkan bagi memastikan PRN Melaka berjalan lancar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dinasihatkan untuk keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melalui aplikasi MySPR Semak.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak, berkata, aplikasi terbabit mengandungi cadangan masa mengundi yang digalakkan, bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

Menurutnya, jika pengundi tidak dapat hadir pada waktu digalakkan atas sebab-sebab tertentu, mereka masih boleh berbuat demikian mengikut kelapangan masa dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang. 

“Namun demikian, pengundi adalah dinasihatkan untuk tidak keluar mengundi pada saat-saat akhir dan sentiasa mematuhi semua undang-undang, peraturan dan garis panduan pencegahan COVID-19 pada hari mengundi nanti,” katanya.

Seramai 476,037 orang pengundi biasa daripada 495,195 orang pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu.

Sejumlah 11,557 individu lagi adalah pengundi awal, manakala 7,601 telah mengundi secara pos.

Ikmalrudin berkata, pengundi yang telah mengetahui maklumat pengundian boleh terus ke saluran mengundi, justeru orang ramai disarankan membuat semakan awal terlebih dahulu.

“Mereka boleh membuat semakan daftar pemilih https://pengundi.spr.gov.my, aplikasi MySPR Semak atau hotline SPR di talian 03-8892 7018.

“Semasa membuat semakan, pengundi disaran untuk mencatat dan menyimpan maklumat-maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan pemilih,” katanya.

Menurut beliau, pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran.

“Catatan maklumat pengundian itu akan memudahkan KP1 untuk membuat semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada hari mengundi.

“Selain itu, pengundi juga dinasihatkan supaya tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya," katanya. - Getaran, 18 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95