Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kempen Wajah Muhyiddin Tindakan Terdesak, Mahu Promosi Parti Baharu

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 9:06AM

Poster yang memaparkan gambar Muhyiddin memenuhi bandaraya Melaka, sekali gus mencetuskan pertanyaan di kalangan pengundi, siapa sebenarnya yang bertanding pada PRN Melaka ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang memasuki hari ke-10, hari ini menyaksikan kempen ‘warna-warni’ dijalankan setiap calon dan parti bagi menyampaikan manifesto masing-masing, seterusnya menawan hati pengundi.

Walaupun kempen terpaksa diadakan dalam suasana pandemik COVID-19 yang memerlukan mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP), termasuk mengamalkan penjarakan sosial dan larangan mengadakan perhimpunan secara fizikal, kekangan itu tidak menghalang mereka menonjolkan idea kreatif dan menarik.

Bagaimanapun, segelintir pihak menganggap kempen ditampilkan Perikatan Nasional (PN) sejak beberapa hari lalu, tidak relevan sehingga mengundang pertikaian bukan sahaja dalam kalangan calon dan parti lawan, tetapi juga pengundi serta masyarakat.

Kempen memaparkan wajah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di poster, kain rentang dan papan iklan di negeri berkenaan, mencetuskan persoalan serta kata-kata sarkastik, adakah Perdana Menteri Ke-8 itu yang sebenarnya mahu bertanding?

Apakah signifikan untuk mengenepikan wajah calon sebenar mewakili PN yang seharusnya ‘dinaikkan’ lebih banyak supaya dikenali pengundi atau sememangnya itu adalah strategi berkesan untuk parti?

Dr Mohd Azmir Mohd Nizah
Dr Mohd Azmir Mohd Nizah

Penganalisis Politik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Azmir Mohd Nizah berpendapat, pendekatan kempen dipratikkan PN itu mungkin tindakan terdesak untuk menonjolkan nama parti berkenaan yang masih baharu dalam arena politik negara, berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“PN agak baharu dan walaupun gabungan ini dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan GERAKAN untuk PRN Melaka, kalau dilihat dalam konteks parti, mungkin orang lebih mengenali PAS dan GERAKAN berbanding PN.

“Jadi ini (kempen menggunakan wajah Muhyiddin) mungkin strategi untuk menonjolkan PN, tetapi pada masa sama boleh membawa risiko ‘back fire’ parti itu juga dalam konteks PRN Melaka,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Azmir berkata, tindakan kempen seperti itu mungkin dilakukan bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi yang sebelum ini menyokong dan menyukai Muhyiddin. 

Tindakan itu juga, katanya, sebagai usaha menonjolkan calon diletakkan di bawah tiket PN, terutama dalam keadaan kebanyakan mereka tidak dikenali, sama ada di PRN Melaka mahupun nasional.

Berdasarkan amatannya sejak dua minggu lalu berhubung PRN Melaka, jelasnya, pengundi di negeri itu lebih melihat calon ditampilkan, berbanding parti ditandingi mereka.

“Ini disebabkan faktor SOP yang tidak membenarkan kempen secara berkelompok, tak boleh ceramah, jadi calon lebih melakukan strategi mempromosikan diri dan parti secara individu.

“Kalau kita tengok kempen dijalankan calon bertanding pun kena tunjuk muka, video dan poster dia, maknanya pengundi lebih sedar atau kenal calon berbanding parti. Jadi ini perlu ditampilkan PN,” katanya.

Ditanya nasihat kepada warga Melaka yang akan mengundi pada pilihan raya negeri berkenaan pada 20 November ini, Mohd Azmir mencadangkan supaya mereka melihat kredibiliti calon berbanding parti sebelum memangkah undi. 

“PRN Melaka adalah masa untuk pengundi memberikan isyarat atau gambaran lebih baik dan jelas dalam misi menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tunaikan hak sebagai rakyat Malaysia dengan mengundi dan pilih calon yang difikirkan terbaik bagi kawasan masing-masing serta mampu membantu dan membuat perubahan.

“Ada juga calon yang mungkin muka lama tetapi bertanding di atas tiket parti baharu atau bebas, jadi jangan disampingkan mereka ini, lihat rekod prestasi mereka sebelum ini dan kalau fikir mereka calon terbaik, maka pilih mereka,” katanya.

Dr Mohd Izani Mohd Zain
Dr Mohd Izani Mohd Zain

Mengulas isu sama, Penganalisis Politik, Profesor Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain bagaimanapun menyifatkan kempen mempromosikan wajah Muhyiddin yang dijalankan PN adalah wajar kerana sebagai sebuah pakatan baharu, mereka bergantung kepada pengaruh dan populariti Ahli Parlimen Pagoh itu.

Usaha itu juga, katanya relevan dalam situasi tidak ada figura politik PN yang menonjol di peringkat negeri.

Malah, beliau menganggap taktik itu mampu menarik minat pengundi di negeri berkenaan, sekiranya mereka meminati dan menyokong kepemimpinan Muhyiddin, terutama ketika beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kempen menggunakan wajah mantan Perdana Menteri (Muhyiddin) ini wajar dan sebagai strategi untuk memperkenalkan parti.

“Saya juga ingin mengingatkan pengundi supaya mengundi parti yang boleh membawa kestabilan politik dan menjadi kerajaan yang kukuh,” katanya.

Dr Wong Chin Huat
Dr Wong Chin Huat

Bagi Penganalisis Politik, Profesor Dr Wong Chin Huat pula, parti sememangnya harus diberi kebebasan untuk memilih apakah mesej ingin disampaikan dalam PRN Melaka.

Namun, katanya, apabila PN menumpukan kempennya kepada Muhyiddin walaupun beliau bukan seorang calon yang bertanding pada pilihan raya itu atau tidak berasal dari Melaka, pendekatan terbabit seolah-olah menunjukkan kekosongan dalam kepimpinan PN di negeri berkenaan.

Kaedah kempen digunakan itu, katanya, seperti menggambarkan PN mengaku bahawa dua calon popularnya yang terdiri daripada kepimpinan atasan parti, iaitu Naib Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dan Pengerusi PN, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Telok Mas) tidak dapat menarik sokongan.

Menurut Chin Huat, bagi memastikan mereka mendapat sebuah kepimpinan dan wakil rakyat yang baik, pengundi perlu meneliti apa ditawarkan parti dan calon, terutama sama ada pihak berkenaan berupaya mengotakan janji.

Pengundi, katanya, dinasihatkan tidak walak kepada pemimpin kerana pemimpin mungkin melompat parti.

Beliau turut mengingatkan pengundi supaya tidak walak kepada parti kerana parti mungkin menggadaikan kepentingan mereka, sebaliknya harus mengetahui agenda dimahukan sebagai rakyat dan melakukan tawar-menawar dengan parti serta calon sebelum menentukan pilihan.

Sebagai contoh, katanya, jika pengundi adalah nelayan yang mata pencariannya terancam oleh tambakan laut, maka tanyalah setiap parti dan lihat siapa berani berjanji untuk menghentikan projek itu, sebelum memilih parti berani menjanjikannya.

“Sama juga, kalau menolak rasuah, minta parti berjanji mengharamkan perlantikan orang politik untuk mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau badan berkanun.

“Jika tak nak katak melompat dan kerajaan jatuh, maka pilih saja antara parti yang berani menjanjikan pindaan Perlembagaan negeri untuk memperkenalkan Enakmen Pemecatan ADUN Anti-Lompatan dan mekanisma Undi Tak Percaya Konstruktif,” katanya. - Getaran, 18 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 2 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 hari yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Sukan 11 jam yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

Semasa 1 hari yang lalu

2 Lelaki Ditahan, Cuba Ceroboh Istana Negara Bawa Parang

oleh Sophia Ahmad