web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lengkapkan Vaksin, Buat Ujian Kendiri COVID Sebelum Balik Mengundi

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2021 7:26AM

Pengundi yang akan pulang ke kampung pada PRN Melaka dinasihatkan agar melakukan ujian kendiri COVID-19 terlebih dahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pastikan diri telah lengkap vaksin dan membuat ujian kendiri COVID-19 jika bergejala, itu antara nasihat Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman kepada pengundi luar dari Melaka, sebelum pulang untuk menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.

Beliau berkata walaupun dari segi vaksinasi, seseorang individu itu mungkin berhak untuk tidak mengambil vaksin, tetapi risiko kepada ahli keluarga lain harus diambil kira.

“Jika dilihat dari segi prosedur operasi standard (SOP) negeri di Pelan Pemulihan Negara (PPN), hanya mereka yang lengkap vaksin boleh merentas negeri, oleh kerana tiada SJR (sekatan jalan raya) mereka mungkin boleh terlepas.

“Tapi risiko ibu bapa yang mereka peluk, seboleh-bolehnya jika merancang untuk balik pastikan telah vaksin walaupun selepas pilihan raya,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan  #BICARAKHAS mengenai 'Undi Dengan Selamat' di RTM malam tadi.

Katanya, bagi ujian kendiri, individu boleh membeli kit ujian yang diluluskan di pasaran, dan jika didapati positif mereka perlu membatalkan rancangan untuk balik untuk pulang dan mengikuti langkah yang digariskan kementerian kesihatan (KKM) termasuk kuarantin di rumah.

Sementara itu, mengulas mengenai kompaun yang dikenakan kepada pihak yang menganjurkan kempen PRN Melaka melibatkan parti politik walaupun ia di kedai makan, Dr Rusdi berkata kaedah tersebut dikhuatiri mempunyai risiko jangkitan yang amat tinggi.

“Jika ada di sebuah gerai makan, yang ramai orang makan, sudah tentu buka pelitup muka sebab nak makan, kemudian mereka akan sembang dekat, berbisik-bisik, mungkin bincang pasal parti.

“Mereka juga duduk lama, datang pula ramai orang nak bergambar dengan pemimpin mereka, duduk dekat-dekat dan saya merasakan kempen cara ini perlu dijauhi,” katanya.

Dr Rusdi juga menasihatkan supaya dua hari berbaki kempen dijalankan dengan kaedah lebih selamat secara dalam talian atau menggunakan kenderaan siar raya bergerak.

Katanya walaupun beliau memahami keluhan calon dan jentera parti kerana SOP yang ketat beliau merayu dalam 48 jam mendatang pihak berkenaan tidak melanggar SOP dan mengikut garis panduan disediakan.

Dr Rusdi berkongsi data semalam dengan Melaka mencatat 135 kes berbanding 116 pada Selasa dengan kes aktif 1,465 menjadikannya kadar insidennya ketiga tertinggi di Malaysia kerana penduduknya tidak ramai.

Katanya kes harian sepanjang dua minggu lepas mencatat 150 hingga 200 kes dan kadar penggunaan katil berada pada 82.3 kes dan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) pula pada kadar 67.4 peratus manakala nilai Rt pula berada pada paras 0.95 berbanding nilai Rt nasional 1.04. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish