web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN, PN Sedang Berperang, Rakyat Perlu Beri Pengajaran - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2021 4:44PM

Anwar beramah mesra dengan penduduk tempatan selepas menghadiri sesi minum petang bersama DUN Rim di Melaka pada 13 November. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) memberi amaran kepada pengundi di Melaka bahawa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) sedang “berperang”, di tengah-tengah hubungan yang semakin retak di antara UMNO dan BERSATU.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu dibimbangi akan mewujudkan ketidakstabilan politik di negeri berkenaan sekiranya dua gabungan tersebut memenangi cukup kerusi dalam pilihan raya Sabtu ini untuk membentuk kerajaan negeri.

Menurut beliau, kepimpinan tertinggi BN dan PN bercakap mengenai perpaduan serta keharmonian namun di peringkat akar umbi, mereka bercakaran sesama sendiri.

“Kedua-dua gabungan ini akan terus berebut kuasa tidak kira apa keputusan pilihan raya. Ini akan berlaku sama ada PN menang atau BN menang. Di Melaka, pertempuran antara mereka ini akan meletus kerana ketika ini pun mereka sudah berperang.

“Tindakan ini akan memberi kesan kepada perpaduan kerajaan persekutuan dan isu kestabilan politik kita perlu perbetulkan. InsyaAllah, PH kita jamin kestabilan politik kerana kita yakin dengan calon kita dan ada pengajaran yang telah kita dapat dari masa lalu,” katanya.

Terdahulu, walaupun BN dan PN masih bekerjasama di peringkat persekutuan, namun UMNO memilih untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada pilihan raya negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini ‘masa BN telah sampai ke penghujungnya’, sekali gus membawa kepada teguran tajam daripada beberapa pemimpin UMNO.

Antaranya ialah Pengerusi BN dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata, kenyataan bekas Perdana Menteri itu membuktikan keputusan UMNO untuk tidak bekerjasama dengan BERSATU pada PRU15.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan juga menjelaskan, partinya tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan BERSATU berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan jika perpaduan dua parti berkenaan utuh, bagaimana seorang menteri BERSATU dan seorang timbalan menteri UMNO mengadakan acara kempen di Melaka pada masa yang berbeza.

“Justeru, saudara dan pengundi di Melaka perlu memberikan pengajaran pada PN dan BN yang akan menimbulkan ketidakstabilan politik sekiranya mereka berkuasa semula,” katanya. - Getaran, 17 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad