web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN Melaka: Pusat Undi Awal Tentera Dirancang Rapi, Patuh SOP

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 11:09AM

Setiap anggota tentera yang akan mengundi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa. - Gambar Azim Abd. Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Tujuh pusat pengundian awal bagi anggota tentera pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka telah melalui proses perancangan rapi bagi memastikannya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa, kata Panglima 3 Divisyen Infantri, Mej Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.

Beliau berkata proses perancangan berkenaan antara lain melibatkan pihak tentera sendiri, petugas Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Kesihatan dan polis bagi memastikan perjalanan undi awal hari ini berjalan lancar.

“Saya memberi jaminan bahawa apa yang dilaksanakan pada hari ini, selamat kerana proses-proses pematuhan SOP COVID-19 itu dilaksanakan seketat-ketatnya.

“Terdapat pemeriksaan suhu dan kepada mereka yang didapati atau disyaki bergejala, tempat khusus untuk mereka mengundi pun disediakan. Penjarakan fizikal juga ditentukan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Salah seorang anggota tentera menyemak nama sebelum mengundi pada PRN Melaka di Kem Terendak, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman
Salah seorang anggota tentera menyemak nama sebelum mengundi pada PRN Melaka di Kem Terendak, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Tengku Muhammad Fauzi berkata proses pengundian awal dalam kalangan anggota tentera dilaksanakan secara berfasa dengan pengundi dilepaskan masuk ke pusat mengundi sedikit demi sedikit.

Sementara itu, pemerhatian Bernama mendapati proses pengundian awal di sini berjalan lancar tanpa individu bergala dikesan setakat 10 pagi ini.

Proses pengundian awal PRN Melaka bermula 8 pagi ini yang menyaksikan 11,557 anggota polis, tentera dan pasangan mereka menunaikan tanggungjawab masing-masing.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Oktober lalu selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali. SPR menetapkan hari pengundian pada 20 November ini.

PRN Melaka kali ini menyaksikan seramai 112 calon layak bertanding, melibatkan pertandingan enam penjuru di tiga kawasan DUN, lima penjuru (lima), empat penjuru (sembilan) dan tiga penjuru (11), dengan 28 calon masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan PH, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai