web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Muda PH Mampu Perjuang Nasib Rakyat

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 6:02PM

Anwar yakin pimpinan mudanya mempunyai tekad jelas untuk menghentikan budaya bobrok dan memperjuangkan nasib keseluruhan rakyat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pimpinan mudanya mampu mengemudi parti dan negara dengan semangat juang yang tinggi.

Beliau turut yakin golongan tersebut mempunyai tekad jelas untuk menghentikan budaya bobrok dan memperjuangkan nasib keseluruhan rakyat.

Susulan kepercayaan dan keyakinan itu, beliau meminta pengundi Melaka memberikan peluang kepada golongan berkenaan untuk menabur khidmat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Pimpinan muda adalah aset penting dan utama PH. Saya percaya dan yakin bahawa kelompok ini mampu mengemudi negara serta parti dengan semangat juang tinggi.

“Buat pimpinan muda sekalian, saya ingin berpesan agar sentiasa punyai nilai kemanusiaan yang tinggi dalam perjuangan,” katanya.

PH mengetengahkan ramai calon muda pada PRN Melaka, yang  menyaksikan 64 peratus daripada 28 calon ditampilkan berusia 50 tahun ke bawah.

Calon paling muda diketengahkan gabungan itu ialah Farzana Hayani Mohd Nasir, 21, dari PKR.

Anwar turut meluahkan harapan untuk melihat usaha gigih semua calon dan jentera parti pada PRN Melaka diperhebatkan menjelang beberapa hari terakhir sebelum pengundian.

Beliau yang juga Presiden PKR turut menasihatkan mereka untuk terus mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini.

Selain itu, beliau melahirkan penghargaannya terhadap warga Melaka di atas layanan dan sambutan kepada semua calon serta jentera PH.

“Genap seminggu tempoh berkempen sempena PRN Melaka.

“Berbaki beberapa hari lagi sebelum hari pengundian, saya berharap usaha gigih semua calon dan jentera parti dapat diperhebatkan.

“Nasihat saya buat semua adalah untuk terus mengutamakan nasib rakyat pelbagai kaum yang melarat saat ini. Ayuh kita selamatkan Melaka!” katanya. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 4 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 7 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad