web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SOP Ketat PRN Melaka Tak Halang Calon Berkempen

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 3:44PM

Kelihatan disebalik tabir calon Pakatan Harapan DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin memberi ceramah secara maya di Pejabat DAP Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Selepas seminggu tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung, kekangan dek prosedur operasi standard (SOP) yang ketat masih menjadi halangan utama calon untuk mendekati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Bagaimanapun, ia sama sekali tidak mengekang calon daripada ‘memasarkan’ diri kepada masyarakat setempat bagi memperoleh sokongan pengundi.

Pelbagai medium termasuk platform media sosial diguna pakai  untuk menyampaikan manifesto masing-masing kepada masyarakat setempat.

Berdasarkan tinjauan Getaran, platform media sosial menjadi ejen terpenting pada PRN Melaka kali ini dalam menyampaikan maklumat calon serta agenda mereka.

Pengisian berbentuk video dan penstriman langsung adalah antara kaedah yang diguna pakai calon, terutamanya untuk ‘mendekati’ masyarakat pada sebelah malam disebabkan ceramah secara terbuka adalah ‘haram’ di sisi SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Calon Pakatan Harapan DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin memberi ceramah secara maya di Pejabat DAP Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman
Calon Pakatan Harapan DUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin memberi ceramah secara maya di Pejabat DAP Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

Tinjauan Getaran juga mendapati, hampir semua calon menggunakan pendekatan sama ketika berkempen antaranya dengan mengunjungi kedai kopi, pasar pagi, kedai makan, surau atau masjid selain bilik gerakan DUN masing-masing.

Sekali sekala, ada juga calon yang menarik perhatian menggunakan pendekatan berbeza dengan menunggang motosikal masuk ke kawasan kampung bagi mendekati pengundi.

Antaranya adalah calon Barisan Nasional (BN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar atau Dira dan calon BN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem.

Hee Sem juga mengambil pendekatan untuk melakukan ujian kendiri COVID-19 menggunakan rapid test kit (RTK) setiap hari sepanjang tempoh berkempen sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri, keluarga dan orang ramai.

PRN Melaka dianggap mencabar, berikutan ia dilakukan ketika wabak COVID-19 masih menular, ditambah SOP ketat yang secara langsung menjadikan kaedah berkempen secara konvesional tidak lagi dibenarkan.

Bagi calon Bebas DUN Rembia, Sabarudin Kudus, PRN kali ini sememangnya akan memberikan kelebihan kepada calon-calon yang juga penyandang kerusi DUN di sesuatu kawasan.

“Kelebihan itu adalah disebabkan mereka sudah dikenali oleh pengundi mungkin untuk beberapa penggal, justeru ia adalah satu cabaran besar kepada muka baharu seperti saya untuk meraih undi rakyat.

“Jadi muka baru di sesuatu kawasan itu perlu bekerja lebih kuat untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat bagi meraih undi,” katanya kepada Getaran.

Selain daripada kekangan SOP yang ketat, kompaun oleh pihak berkuasa kepada mana-mana atur cara yang dikesan melanggar SOP juga menjadi mimpi ngeri kepada calon untuk berlebihan dalam berkempen.

Justeru, hampir kesemua calon amat berhati-hati ketika berkempen supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang, sekali gus memberi ‘peluru’ kepada pihak lawan untuk menjatuhkan mereka. - Getaran, 15 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Semasa 1 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM