web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Nafi 12 Bilik Gerakan Tutup Akibat COVID-19

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 6:45PM

2 petugas di sebuah bilik jentera PN sedang menyiapkan poster untuk dipasang di tepi jalan. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Perikatan Nasional (PN) Melaka menafikan terdapat 12 bilik gerakan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) pihaknya ditutup akibat penularan COVID-19.

Setiausaha Eksekutifnya, Saiful Adli Mohd Arshad, mengesahkan kenyataan mengaitkan Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen dan bertarikh hari ini yang disebar sejak tengah hari itu adalah palsu.

"Kenyataan itu palsu, harap maklum," katanya dalam satu makluman ringkas kepada media, hari ini.

Terdahulu, tular di beberapa group aplikasi WhatsApp media, satu kenyataan media yang didakwa dikeluarkan Mohd Rafiq berhubung penutupan 12 bilik gerakan PN akibat COVID-19.

Antara DUN yang didakwa terbabit adalah Rembia, Pantai Kundur, Durian Tunggal, Duyong dan beberapa lagi.

Kementerian Kesihatan (KKM) semalam mengeluarkan notis penutupan premis menempatkan Pusat Gerakan PN DUN Telok Mas, berkuat kuasa semalam sehingga 26 November ini.

Notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan individu yang berada di premis itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Rusdi Abd Rahman semalam dilaporkan berkata, pihaknya turut mengeluarkan notis kompaun RM10,000 selepas mendapati berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).

"Notis kesalahan itu dikeluarkan kerana pihak terbabit tidak menyediakan pengimbas suhu di premis seperti yang diarahkan," katanya. - Getaran, 13 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad