web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pertandingan Persahabatan Parti Dalam Kerajaan Hanyalah ‘Penyedap Bibir’ 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 1:28PM

BERSATU menegaskan tidak wujud sebarang rundingan dengan UMNO. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan UMNO yang menyifatkan pertembungan parti dalam kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai perlawanan sahabat dan tidak melunturkan semangat penyatuan ummah hanyalah sekadar ‘penyedap di bibir sahaja’.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Dr Muhammad Faiz Na'aman yang menegaskan, tidak wujud sebarang pintu rundingan bersama UMNO walaupun gabungan Perikatan Nasional (PN) mahu bersama parti berkenaan.

Dr Muhammad Faiz Na'aman
Dr Muhammad Faiz Na'aman

Menurut beliau, salam perdamaian acap kali diseru oleh BERSATU, namun UMNO tetap angkuh mahu bersendirian dalam pilihan raya di negeri terbabit.

“Dalam persaingan terbuka dengan tujuan untuk memenuhi pilihan rakyat, istilah "Pertandingan Persahabatan" ini hanya penyedap di bibir sahaja. 

“Ia bagaikan suatu penafian, sedangkan hakikatnya dari awal lagi tiada inisiatif ke arah rundingan pun oleh puak yang berulang kali menjatuhkan rakan sekerajaan sendiri sejak hujung tahun lepas,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan Muafakat Nasional (MN) yang dijalin dua parti itu tidak pernah berakhir, walaupun PAS menggunakan logo PN dan memilih bersama perikatan itu pada PRN Melaka.

Beliau berkata, dalam mana-mana pilihan raya pun, penyertaan UMNO dan BN perlu untuk menang walaupun terpaksa bertembung dengan rakan politik sendiri.

Ahmad juga menyifatkan pendirian PAS menggunakan logo PN PRN kali ini sebagai aneh kerana sejak penubuhannya, parti itu tidak pernah menggunakan lambang lain ketika bertanding dalam pilihan raya.

Justeru, Dr Muhammad Faiz menegaskan, UMNO perlu bersikap matang dan tidak mendakwa kononnya saingan melebihi tiga penjuru akan memecahkan undi orang Melayu.

“Usah dituding mana-mana pihak kononnya mahu memecahkan undi orang Melayu dalam politik negara ini.

“Hakikatnya, ada ego, korupsi di samping ketamakan terselit di kalangan puak elitis yang sedang mengawal parti-parti lama di Malaysia. BERSATU tidak boleh berlembut lagi. Kami pun ada maruah serta prinsip perjuangan,”katanya.

Semalam, PAS menyifatkan pertembungan calon mereka dengan UMNO sebagai pertandingan persahabatan walaupun parti terbabit bersikap ‘bongkak’ untuk bergerak solo pada PRN Melaka, 20 November ini.

Timbalan Presidennya, Idris Ahmad berkata, hubungan kedua-dua parti dalam Muafakat Nasional juga tidak terjejas.

Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, PAS tetap dengan pendirian berperanan sebagai pendamai ummah termasuk melibatkan hubungan UMNO dan BERSATU. – Getaran, 12 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

oleh Sophia Ahmad