web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menang PRN, Adly Zahari Kembali Ketua Menteri - Anwar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 7:22PM

Adly akan kembali sebagai Ketua Menteri jika PH menang PRN Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR HILIR - Pakatan Harapan (PH) akan menamakan Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari sebagai Ketua Menteri jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mengumumkan perkara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, muafakat dan konsensus berkenaan dicapai kepimpinan, yang memutuskan untuk meneruskan komitmen PH di Melaka.

Atas faktor itu jelas beliau, pihaknya sebulat suara untuk menamakan Adly yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil sebagai calon Ketua Menteri.

“Kita telah menonjolkan satu tokoh yang pernah memimpin PH dan naratif kita itu konsisten.

“Apa saja langkah untuk menstabilkan mandat PH harus kita dokong, InsyaAllah jika kita memang, beliau (Adly) akan diangkat sebagai Ketua Menteri untuk meneruskan agenda,” katanya pada pelancaran Pelan Tindakan Maju Bersama PH, di sini hari ini.

Pengumuman Anwar itu sekali gus menafikan desas desus yang mengatakan calon PKR Asahan dan bekas ahli UMNO, Datuk Seri Idris Haron bakal dilantik sebagai Ketua Menteri di bawah gabungan PH.

Untuk rekod, Adly adalah penyandang ADUN Bukit Katil yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sementara itu, Anwar ketika ditanya mengenai sasaran kerusi akan dimenangi pada PRN kali ini, beliau berkata PH akan berjuang sebagai satu pasukan dengan kekuatan padu untuk menawan semula negeri Melaka.

“Kita tanding di 28 kerusi dan kita cuba tawan setiap satu dengan kekuatan yang padu supaya tiada lagi kekecohan dan gangguan daripada pihak-pihak tertentu,” katanya.

Menurut Anwar, rakyat harus membuat pilihan yang tepat dalam memilih calon untuk diangkat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang membolehkan pembentukan kerajaan negeri.

“Pilihlah sebaiknya, antara BN (Barisan Nasional) dan PN (Perikatan Nasional), PAS itu cuma menumpang, kemenangan mereka hanya akan membawa satu kekecohan besar kerana mereka ada dua calon Ketua Menteri,” katanya. - Getaran, 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Agenda Kestabilan, Ekonomi Dan Kebajikan Rakyat Kekal Teras Utama Kerajaan Perpaduan - Pemimpin PH

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

3

Politik 1 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Sungai Bakap: Saingan 2 Penjuru Antara PH, PN

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai