web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Calon Muda Dekati Pengundi Guna Media Sosial

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 1:41PM

Dr Mohd Akmal Salleh

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walaupun aktiviti berkempen secara bersemuka termasuk ceramah dan menziarahi rumah pengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak dibenarkan, calon muda yang bertanding tampil dengan gaya berkempen yang lebih kreatif.

Selain pengedaran risalah dan bahan kempen dari rumah ke rumah, masing-masing memanfaatkan platform media sosial popular seperti Facebook (FB) Live, Instagram, Telegram dan TikTok untuk mendekati pengundi.

Pendekatan itu digunakan calon muda Barisan Nasional (BN), Dr Mohd Akmal Salleh yang memperkenalkan dirinya sebagai calon muka baharu di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

“Jika anda kenal siapa Dr Akmal sebelum ini, jika saya diberi mandat sebagai yang berkhidmat, Insya-Allah saya tetap akan menjadi Dr Akmal yang anda kenal sebelum ini.

“Undilah BN untuk kestabilan demi kemakmuran, anak kampung untuk orang kampung,” kata lulusan Ijazah Perubatan dari Russian State Medical University di Rusia itu.

Kerk Chee Yee
Kerk Chee Yee

Tidak terkecuali calon muda DAP, Kerk Chee Yee berkongsi misi dan visinya dalam mempertahankan kerusi DUN Ayer Keroh yang pernah dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dalam satu tahun setengah yang lalu, mungkin ramai yang berasa kecewa. Ramai yang berasa tak perlu mengundi kali ini. Mungkin lepas undi jadi katak, mungkin lepas menang tak bantu rakyat.

“Seolah-olahnya kita bincang demokrasi idealisme, aspirasi, macam dah tak relevan dah. Saya menceburi politik kerana saya ingin menyumbang kepada negara kita,” katanya dalam video berdurasi 45 saat yang dimuatnaik di Facebooknya.

Dalam video tersebut, Chee Yee menegaskan beliau menentang sekeras-kerasnya pengkhianatan terhadap parti demi.

“Saya hanya melakukan apa yang betul, pengkhianatan demi kepentingan sendiri, no way. Politik kita perlu berubah.

“Dan saya rasa ini masanya. Rakan-rakan jom kembalikan harapan kita semua,” katanya.

Pada PRU-14 yang lalu, Chee Yee menang dengan mendapat 14,279 undian ketika menentang Chua Kheng Hwa (BN) yang mendapat 5,018 undi.

Semalam, SPR memaklumkan semua 112 calon yang bertanding tidak dibenarkan mengadakan sebarang aktiviti kempen bersemuka, termasuk 'walkabout'.

Calon hanya dibenarkan mengedar risalah dan menggunakan van atau lori bergerak untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, namun perlu mendapat kebenaran polis.

Selain itu, calon juga boleh berkempen melalui media massa, sama ada melalui media arus perdana, televisyen dan media sosial. - Getaran, 9 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad