web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Salah Guna Frasa, Nie Ching Mohon Maaf

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 11:33AM

Teo Nie Ching - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Norma baharu berkempen menerusi media sosial mengundang kesilapan buat Ahli Parlimen Kulai daripada DAP, Teo Nie Ching, apabila memuat naik poster menggunakan dialek tempatan Melaka yang membawa maksud negatif.

Beliau memuat naik bahan kempen terbabit dengan perkataan 'Lahabau Melaka, Jom Undi' berlatarbelakang gambarnya dan bendera Melaka yang dimuat naik di Facebooknya selama beberapa minit, sebelum memadam poster itu selepas dihentam netizen.

Menyedari kesilapan dilakukannya itu, Nie Ching tampil memohon maaf dan menjelaskan niatnya hanya untuk berkempen melalui media sosial tetapi tersalah memilih ‘frame’ yang terdapat dalam laman sosial tersebut.

Setiausaha Antarabangsa DAP itu memberitahu, kesilapan tersebut disedari selepas dikecam oleh netizen dan mengakui tidak mengetahui maksud sebenar perkataan berkenaan.

"Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen. Namun, manusia tidak pernah lepas daripada kesilapan, termasuk diri saya sendiri. 

“Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial. Saya cuma ingin berkempen melalui 'frame' (bingkai) percuma yang boleh didapati di dalam Facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan itu,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), 'lahabau' adalah istilah makian bermaksud tidak berguna, tidak boleh diharap dan haprak.

Sehubungan itu, beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH), turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam memuat naik bahan kempen menerusi media sosial untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

"Dengan menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka," katanya.

Walaupun Nie Ching telah memohon maaf atas kekhilafannya, namun, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad tidak berpuas hati dan menegaskan tindakan pemimpin DAP itu disifatkan sebagai memalukan serta penghinaan kepada rakyat di negeri itu.

“Benar perkataan ‘lahabau’ memang sering digunakan sebagai dialog dalam perbualan harian, tapi ia hanya digunakan dalam konteks rakan karib dan gurauan sesama sendiri.

“Namun bagi orang luar atau orang yang tidak dikenali adalah sangat tidak boleh untuk mengunakan perkataan seperti itu kerana ia merupakan penghinaan dan cacian,” katanya.

Justeru, beliau menyeru agar pengundi di Melaka menolak kempen sedemikian rupa yang tidak melambangkan adab sewajarnya. – Getaran, 9 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 22 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad