web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Calon PUTRA Dekat Di Hati Rakyat, Muak Permainan Politik Lama

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 11:25AM

5 calon PUTRA yang bertanding pada PRN Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima calon yang dipertaruhkan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka merupakan pemimpin yang amat dekat di hati rakyat, khususnya sepanjang pandemik COVID-19.

Naib Presidennya, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, semua calon ditampilkan itu walaupun belum pernah bertanding dalam mana-mana pilihan raya, namun mereka memiliki sejarah kehidupan ‘bersih’, di samping latar pendidikan akademik yang tinggi serta komitmen dalam mendokong perjuangan parti.

Pada masa sama, beliau menegaskan mereka juga merupakan individu amat dikenali masyarakat setempat, yang sudah terlalu muak dengan polemik serta permainan politik diamalkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Lima calon ini adalah calon ‘rakyat dari rakyat oleh rakyat untuk rakyat’. Kita membawa rakyat marhaen itu sendiri untuk diraikan sebagai calon dan membawa mereka yang lebih memahami kesusahan dan kepayahan hidup rakyat. Calon kami terdiri daripada usahawan dan lebih memahami denyut nadi serta keperitan hidup dialami orang ramai.

“Itulah kekuatan kami sebenarnya. Kalau ikutkan parti-parti politik besar, mereka menampilkan tokoh-tokoh terkenal yang kebiasaannya jauh daripada rakyat marhain,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, PUTRA yang baharu dua setengah tahun usia penubuhannya membuat penampilan sulung dengan meletakkan lima calonnya dalam PRN Melaka yang dijangka mampu menarik sokongan pengundi, khususnya kaum Melayu.

Pengerusi Perhubungan PUTRA Melaka, Dr Aluwi Sari, 55 akan bertanding di kerusi DUN Pengkalan Batu diikuti Ketua Wira PUTRA negeri, Mohamad Hashidi Mohd Zin, 32 (Paya Rumput); Nazatul Asyraf Md Dom, 38 (Sungai Rambai); Ketua Biro Wanita PUTRA Melaka, Laila Norinda Maon, 44 (Gadek) dan Ketua Bahagian PUTRA Melaka, Mohd Faizal Amzah (Duyong).

Ditanya jika PUTRA mempunyai peluang cerah untuk menang dalam lima kerusi DUN yang dipertaruhkan, Mohd Khairul menegaskan, segalanya bergantung kepada keputusan dan penilaian daripada pengundi di Melaka.

“Dia ibarat kita mencuba nasib dan kita dah melihat rakyat juga telah memberi peluang kepada BN, PN dan PH. Rakyat sudah tahu tindakan daripada mereka. Kita nak lihat adakah kemungkinan rakyat akan mengubah selera mereka secara berjemaah pada PRN Melaka.

“Inilah medan untuk kita melihat jika rakyat ini sebenarnya benci namun masih mahukan ‘jenama’ (parti politik) yang lama atau mereka dah muak dan sanggup untuk terus tukar jenama baharu. Itu kita serahkan kepada rakyat jelata untuk menentukan,”ujarnya.

Sementara itu, beliau turut mengesahkan bahawa partinya juga akan bertanding di PRN Sarawak ke-12 namun tidak mengulas  lanjut jumlah calon yang akan dipertandingkan PUTRA pada pilihan raya terbabit.

“PUTRA sebagai sebuah parti politik baharu, medan kita adalah demokrasi. Justeru, setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK), kita buat pertimbangan sama ada mahu bertanding atau tidak. Ada beberapa siri PRK sebelum ini, kita buat keputusan untuk tidak bertanding.

“Terkini, di PRN Sarawak juga, PUTRA mempertimbangkan untuk bertanding demi memperkenalkannya sebagai sebuah parti politik di negara yang meraikan suasana demokrasi. Jadi, inilah medan perkenalan terbaik untuk parti kami di sana,”katanya. 

PRN Melaka bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi lima kerusi DUN iaitu Pengkalan Batu, DUN Paya Rumput, DUN Sungai Rambai, DUN Gadek dan DUN Duyong.

DUN Pengkalan Batu akan menyaksikan perlawanan di antara Dr Aluwi (PUTRA), Muhamad Danish Zainudin (DAP), Mohd Azrudin Md Idris (BERSATU), dan Datuk Kalsom Nordin (BN) manakala di DUN Paya Rumput; Mohamad Hashidi Mohd Zain (PUTRA), Datuk Rais Yasin (BN), Muhammad Faris Izwan Mazlan (BERSATU) serta Shamsul Iskandar Md Akin (PKR).

Bagi DUN Sungai Rambai, PUTRA menampilkan Nazatul Asyraf, Farzana Hayani Mohd Nasir (PKR), Muhammad Jefri Safry (BERSATU) serta Siti Faizah Abdul Azis (BN) dan bagi DUN Gadek pula, Lalila Norinda dipertaruhkan oleh PUTRA, P Shanmugam V Ptcyhay (BN), Mohd Amir Fitri Muharam (BERSATU) dan G Saminathan (DAP).

DUN Duyong pula akan melibatkan Mohd Faizal (PUTRA), Damian Yeo (DAP), Datuk Kamarudin Sedik (PAS), dan Mohd Noor Helmy Abdul Halem daripada BN. - Getaran, 9 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad