web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Usia Bukan Halangan Berkhidmat Pada Rakyat - Farzana

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 7:41AM

Farzana Hayani - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Calon termuda Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Farzana Hayani Mohd Nasir berkata usianya yang muda tidak menjadi halangan untuk berkhidmat kepada rakyat jika beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai nanti.

Farzana, 21, yang mesra disapa Nana berkata dia sudah bersedia dan ikhlas untuk mencurah khidmat kepada warga Melaka terutama kepada masyarakat di kawasannya.

“Sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan dipilih menjadi calon untuk bertanding, namun telah sangat-sangat ready (bersedia) untuk membantu rakyat dan masyarakat di negeri Melaka,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi Skype pada rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Ketua Srikandi Keadilan Melaka itu menegaskan antara isu yang akan beliau diberi perhatian serius jika menjadi wakil rakyat ialah meningkatkan capaian Internet di seluruh negeri Melaka bagi memudahkan pendidikan dan menggalakkan rakyat menceburi bidang keusahawanan secara dalam talian.

Farzana berkata sebagai pelajar, beliau merasa peritnya dengan gangguan Internet ketika sedang mengulang kaji pelajaran.

“Sebagai mahasiswi saya sangat pentingkan rangkaian Internet kerana pengalaman sebagai pelajar di rumah, ia sangat penting untuk keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah terutama di kawasan Sungai Rambai.

Saya juga yakin lebih ramai akan terlibat dengan program keusahawanan,” katanya yang merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan juga lulusan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, universiti sama.

Farzana merupakan antara calon wanita muda yang dipertaruhkan Pakatan Harapan (PH) di DUN Sungai Rambai pada PRN Melaka yang ditetapkan pada 20 November ini yang menyaksikan saingan empat penjuru dengan Muhammad Jefri Safry (Perikatan Nasional), Siti Faizah Abdul Azis (Barisan Nasional) dan Nazatul Asyraf Md Dom (Putra). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 minit yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad