web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ab Rauf Persoal SOP Kempen PRN, SPR Digesa Jelaskan Garis Panduan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 6:56PM

Ab Rauf berkata SOP yang diperkenalkan memberi kesukaran kepada jentera dan calon. - Gambar oleh Mustaffa Kamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - “Jika duduk di kedai kopi dari pagi sampai petang boleh kenapa kempen tak boleh,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof, mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) dilaksanakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, pihak berkuasa perlu memperincikan secara jelas SOP sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, SOP diperkenalkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi kesukaran kepada jentera dan calon, apatah lagi ketika ini, Melaka sudah memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“SOP tidak berapa jelas. Kita tidak mahu hasilkan SOP yang membolehkan jentera melanggar undang-undang. Agensi yang terbabit lebih baik beri SOP jelas, sebab Melaka sudah masuk fasa empat dan rakyat bebas berjalan.

“Kita dalam fasa empat. Kalau orang duduk kedai dari pagi sampai petang boleh tak? Itu pun sebenarnya boleh jadi satu kaedah berkempen. Duduk kedai kopi boleh, kenapa kempen tak boleh,” katanya.

Menurut Ab Rauf, pengambilan suntikan pelalian sudah diterima oleh masyarakat, justeru kempen secara normal seharusnya dibenarkan kepada individu yang sudah melengkapkan dos masing-masing.

“Boleh saja laksana kempen terutama kepada mereka yang sudah lengkap vaksin. Tolong perinci SOP ini semula,” katanya pada sidang media di kediamannya di Masjid Tanah, hari ini.

Ab Rauf mengakui, kempen PRN kali ini perlu melalui kaedah dan norma baharu, namun berharap ia tidak melunturkan semangat demokrasi dalam kalangan parti politik yang bertanding.

“PRN norma baharu yang dilaksana mengikut kaedah dan peraturan yang kita tidak pernah terima pun kaedahnya. Ini langkah awal untuk melihat bagaimana kita menerima SOP untuk menjalankan pilihan raya dan menerima norma baharu dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Srikandi Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin pula berkata, cabaran besar sudah pasti dihadapi calon muka baharu yang kurang dikenali untuk bertemu rakyat dan pengundi.

“Cabaran besar adalah untuk calon baru sebab mereka perlu perkenalkan diri mereka lebih banyak. Saya harap media buat coverage untuk calon-calon baru.

“Kelebihan memang kepada mereka yang pernah bertanding sebab sudah dikenali,” katanya yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah.

Ab Rauf dan Mas Ermieyati masing-masing akan bertanding dalam PRN Melaka di kerusi DUN Tanjung Bidara.

SPR hari ini memberikan garis panduan kempen kepada setiap calon-calon yang bertanding dalam PRN Melaka, termasuk membabitkan pergerakan jentera sepenjang kempen PRN. - Getaran, 8 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Berang Dihalang Jumpa Teman Lelaki, Remaja Bawah Pengaruh Vape ‘Mushroom’ Kelar Leher Dan Tangan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad