web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Adly Terima Tentangan 4 Penjuru

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 12:48PM

Adly Zahari

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT KATIL - Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari akan menghadapi pertembungan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November nanti.

Adly, calon Pakatan Harapan (PH) daripada AMANAH yang merupakan penyandang kerusi tersebut bakal berentap dengan seterunya daripada UMNO-Barisan Nasional (BN), PAS-Perikatan Nasional (PN) serta seorang calon Bebas.

Tiga pencabar itu ialah Datuk Hasnoor Husin (BN), Muhammad Al Afiz Yahya (PN), dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).

Pertembungan politik itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Katil, Rohaya Abdullah di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Tun Ali di sini hari ini.

Ketika ditemu bual oleh pengamal media di luar PPC, Adly berkata beliau yakin dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu dengan majoriti 3,159 undi.

“Memang kita sudah menjangkakan ia akan berlaku, paling kurang pun tiga penjuru.

“Dari segi berkempen dalam norma baharu pula, kita akan menggunakan media sosial kita. Kita juga diberitahu (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa kita boleh mengedarkan risalah dalam jumlah terhad,” katanya.

Adly berkata, beliau diberitahu bahawa calon juga dibenarkan menyampaikan maklumat kempen melalui penggunaan kenderaan dan ia akan dimanfaatkan sebaiknya. 

“Mungkin bersemuka agak sukar tapi aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat masih berjalan seperti biasa jadi kita akan manfaatkan semua medium ini,” katanya.

Sama seperti Adly, calon PN, Muhammad Al Afiz juga yakin PAS mampu memberikan kemenangan kepada PN di Bukit Katil.

“Saya akan pastikan kerusi DUN ini kembali kepada PAS seperti yang dimenangi pada PRU ke-13 dulu,” tegasnya kepada pengamal media setelah proses penamaan calon selesai.

Calon BN, Hasnoor pula berpendapat, hanya Adly sahaja yang mampu memberi saingan sengit kepada BN meskipun senario di Bukit Katil adalah pertembungan empat penjuru.

“PAS ini, dia berkerjasama dengan Pribumi Bersatu (BERSATU), dan kita tahu bahawa mereka mengharapkan undi daripada Melayu.

“Saya tidak rasa mereka mampu meraih undi yang banyak pun daripada Orang Melayu.

“Sebab itu saya akan lebih fokus kepada PH,” jelasnya.

Menyentuh tentang permintaan semua parti politik kepada SPR perihal kelonggaran berkempen, Hasnoor mendedahkan bahawa SPR telah menolak beberapa permintaan mereka.

“Kita minta supaya bilik gerakan boleh diwujudkan di PDM dan Pusat Membuang Undi, kita minta supaya kempen rumah-ke-rumah dibolehkan dan juga kapasiti di bilik gerakan DUN ditingkatkan.

“Namun kesemuanya ditolak SPR. Tapi kita akur. Saya tak risau sangat sebab semua parti mengalami kesulitan yang sama. Jadi marilah kita semua bersaing dalam keadaan yang serba sulit ini,” kata Hasnoor.

DUN Bukit Katil mempunyai 27,074 pengundi dengan majoriti penduduknya Melayu, dan mempunyai lapan Daerah Mengundi iaitu Bukit Beruang, Padang Jambu, Bukit Baru Dalam, Paya Ikan, Bukit Pulau, Kampungku Sayang, Taman Tun Rahah serta Bukit Katil. - Getaran, 8 November 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

MINDEF Pastikan Kebajikan Veteran ATM Diberi Tumpuan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Amanah Yakin Pertahan Kerusi Simpang Jeram, Pulai

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Vibes 2.0 Permudahkan Urusan Veteran ATM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Laporan Penuh Siasatan Dalaman Pelatih TUDM Dibuli Siap Dalam Masa Terdekat

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad