web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kekalahan UMNO Akan Sedarkan Mereka Erti Persahabatan - PAS

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 6:39PM

Petugas memasang bendera Barisan Nasional di Masjid Tanah menjelang PRN Melaka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG BIDARA - Keputusan UMNO yang terus berdegil untuk bertanding secara solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka mengundang kemarahan penyokong sekutunya dari PAS.

Menurut seorang pemimpin akar umbi parti Islam itu, Muhammad Tarmizi Abd Malik, penyokong PAS sebenarnya sudah mula terbuka menerima barisan pimpinan UMNO sejak termeterainya Muafakat Nasional (MN) yang dipelopori kedua-dua parti tersebut.

Muhammad Tarmizi Abd Malik
Muhammad Tarmizi Abd Malik

Katanya, amat menyedihkan apabila UMNO langsung tidak mahu memberikan peluang untuk berkongsi kuasa dengan PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sedangkan ketiga-tiganya adalah parti yang berasaskan orang Melayu dan Islam.

“Ketika mereka jatuh pada pilihan raya yang lalu (PRN14) PAS datang menghulurkan tangan untuk bersama-sama mengasaskan MN, BERSATU pula datang kemudian menarik kami (PAS dan UMNO) keluar daripada blok pembangkang untuk membentuk kerajaan.

“Tetapi, UMNO tetap dengan perangai lamanya selepas sudah memegang kuasa. Tindakan ini mengakibatkan luka lama berdarah kembali kepada kami penyokong PAS,” katanya ketika ditemui Getaran, hari ini.

Muhammad Tarmizi didekati Getaran ketika tinjauan persiapan tempoh berkempen sempena PRN Melaka yang bermula esok di Markas PN Pasir Gembur, Tanjung Bidara, hari ini.

Menurut beliau, amanat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang meminta penyokong PAS mengundi calon PN adalah sangat tepat kerana jika UMNO sekali lagi tumbang di Melaka, ia akan memberi pengajaran kepada parti itu erti persahabatan.

Malah dakwanya, calon yang diletakkan UMNO di Dewan Undang Negeri (DUN) Tanjung Bidara, iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bukan seorang pemimpin berjiwa rakyat yang mengambil berat tentang penduduk setempat.

“Justeru, kami pengundi PAS di sini tekad untuk mengikuti arahan pimpinan tertinggi untuk menyokong calon PN iaitu YB (Datuk) Mas Ermieyati (Samsudin),” katanya.

DUN N02 Tanjung Bidara bakal menyaksi pertembungan antara dua gergasi politik apabila UMNO mempertaruhkan Rauf yang juga bekas Speaker DUN Melaka, manakala PN menampilkan Mas Ermieyati iaitu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) sebagai pencabar.

Bagaimanapun kerusi itu dijangka akan berlaku pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru apabila PH turut meletakkan calonnya iaitu Zainal Hassan. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 6 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Semasa 1 hari yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut