web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Jaminan Tak Lompat Parti Jika Tawaran Besar - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2021 4:27PM

Dr Kartini Aboo Talib

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sukar untuk memberi jaminan bahawa ahli politik tidak akan melompat parti jika tawaran besar menunggu mereka, kata Penganalisis Politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib.

Beliau yang juga Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, isu lompat parti boleh dielakkan, sekiranya pada awal pencalonan setiap ahli dalam parti diwajibkan membuat permohonan bertulis untuk kekal setia.

“Sekiranya perkara itu (lompat parti) berlaku, pemimpin tersebut perlu dikenakan tindakan oleh parti.

“Akta lompat parti juga masih perlu dibincangkan dan perlu diperhalusi dengan baik kerana ada beberapa perkara yang bertentangan dengan perlembagaan persekutuan. Jika nak menunggu akta lompat parti ini, masih lagi lama dan mengambil masa,” katanya kepada Getaran.

Ujar Kartini, situasi menyaksikan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang tiba-tiba menarik sokongan dan memilih untuk menyertai PH serta bertanding untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, dilihat telah menimbulkan kegusaran kepada penduduk Melaka.

“Pengundi akan melihat mereka sebagai pemimpin yang tidak setia, tiada pendirian dan mudah digoncang oleh kepentingan material. Jadi pada saya keputusan mereka ini kurang bijak,” katanya lagi.

Semalam, PKR dan AMANAH  mengumumkan, dua bekas ADUN daripada UMNO iaitu Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan akan mewakili kedua-dua parti itu di Asahan dan Pantai Kundor, walaupun pencalonan mereka mendapat tentangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Terdahulu, empat ADUN telah menarik diri dari kerajaan negeri Melaka sehingga menyebabkan DUN negeri itu terpaksa dibubarkan.

Mengulas lanjut, Kartini berkata, pertandingan yang majoritinya tiga penjuru di PRN Melaka nanti lebih kepada percaturan semula pola gabungan parti politik.

“Saya melihat, ada parti yang telah pun dibentuk hasil daripada serpihan, malah ada juga  yang melompat daripada parti, masuk bersama bergabung membentuk BERSATU.

“Ada juga sekelompok pemimpin yang membentuk parti baharu seperti PEJUANG. Ada juga parti baharu seperti MUDA dan saya kira ramai yang melihat Melaka sebagai medan ujian, untuk melihat sejauh mana mereka mampu bergerak solo dan juga mencari peluang mengenal pasti strategi akan datang sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU)  akan datang,” katanya. - Getaran, 7 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 1 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 2 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan